Saturday, October 13, 2012

Peluang untuk berjaya dan merubah kehidupan

Bila lihat orang yang berjaya, yang cemerlang, yang maju, yang sukses...
kita nampak macam mudah je kan diorang tu cipta kejayaan tu..
tapi realitinya 
diorang semua tu perlu mengharungi seribu satu dugaan untuk sampai puncak kejayaan.

Tipu lah kalau orang cakap dia berjaya dengan sekelip mata..
tak ada susah payah 
tak ada usaha
tak kesah lah dia berjaya kat sekolah ke, universiti ke, bisnes ke, kerjaya ke...
kecuali diorang lahir je kat dunia ni mak ayah dia dah memang jutawan ataupun hartawan
tapi tu dikira berjaya ke? 
bukan gelaran dia sebagai anak orang kaya je ke?
tak semestinya dia boleh berjaya dalam pelajaran jugakkan if dia tak berusaha..
so nak berjaya formulanya
 usaha + pengorbanan + doa + tawakal = KEJAYAAN


 Dan lagi,
untuk berjaya kita perlu berani gagal

kenapa ek? macam pelik je bunyi dia!!!????

sebab dengan kegagalan atau kesilapan,
 kita sebenarnya sedang 'belajar' sesuatu dari pengalaman tu..

bak kata Elbert  Einstein, 


 jangan takut untuk buat salah atau gagal..

Diri sendiri yang perlu berani dan yakin buat pilihan
kita yang tentukan nak pilih jalan mana untuk kita tuju dalam hidup



 terserah lah nak pilih yang mana..

peluang untuk berjaya dan gagal selalunya terbuka di depan mata..



so pesanan aku untuk entry kali ni:

mari beranikan diri untuk 
'rebut peluang', 'cuba sesuatu yang baru', 'usaha dengan gigih',  'berani untuk gagal'
InsyaAllah....
kejayaan pasti milik kita suatu hari nanti.....


macam pengalaman aku dan En. Suami (kisah benar)
kitorg ni bukan la orang yg jenis biz minded pun..
tapi bila tengok 1 peluang biz baru ni yang memang sgt menarik
 hanya perlu ada ilmu dan kena bagi sikit komitmen
kitorg terus je bersetuju untuk buat biz ni tanpa teragak-agak2..

now kitorg dah 3minggu join biz ni..
masih baru bertatih tapi perkembangan biz sgt cepat & positive
En.suami sgt bersungguh bagi 100% komitmen utk biz ni..
mana taknyer...
mentor yang introduce biz ni pada kami dah berjaya dpt income 20K dlm masa hanya 2 bulan!!!
amazing kan? 
susah nak percaya tapi itulah hakikatnyer...
lagi satu, group support dari mentor2 sgt padu
diorang memang tak lokek untuk share ilmu & experience diorg
kelas untuk improve kan diri pun ada
so memang akan boleh transform dari zero psl biz kepada orang yg mahir psl biz...

yg menariknyer pasal biz ni hingga boleh buka mata kitorg...
mat despatch pun boleh berjaya pakai kereta Mercedes dalam biz ni..
apatah lagi golongan profesional...
 tak semestinya kena pandai bercakap, otak kena geliga or expert dlm bisnes
as long as ada keinginan yg kuat utk ubah kehidupan ke arah yang lebih baik
InsyaAllah...jalan untuk berjaya itu dipermudahkan....


Peluang biasa hadir pada masa kita tidak bersedia.
JAdI;
 Kita tidak perlu SEMPURNA untuk bermula,
Kita hanya perlu BERMULA untuk sempurna.
 
 
 
 




Monday, October 8, 2012

Selamat Ulang Tahun...

Pejam celik pejam celik....
sedar2 hari ni dah 08.10.2012..
genap 1 tahun usia perkahwinan kami..

Alhamdulillah.....
Banyak suka & duka yg kami lalui sepanjang 1 tahun ni
Banyak pengalaman yang buat aku & En. Suami makin mengenali dengan lebih rapat..
Sangkanyer dulu dah kenal sgt,
rupanyer 7 tahun usia zaman cintan - cinton kami sebenarnyer masih terlalu singkat untuk selami hati & peribadi masing2..

Ada ucapan teristimewa buat En.suami pada hari yang penuh bermakna ni...

Abang...
Terima kasih kerana sudi menjadi seorang suami yang sangat baik untuk sayang... 
Walaupun sayang serba kekurangan, tapi abang masih sudi menerima seadanyer....
Walaupun sayang banyak ragam, tapi abang masih sanggup melayan..

Terima kasih kerana sentiasa sabar & tabah menghadapi dugaan hidup bersama sayang..

Terima kasih kerana menyayangi sayang seikhlas hati abang..

Sayang janji sayang akan jadi isteri yang solehah untuk abang....
yang akan sentiasa menjadi penyejuk mata, penawar hati & penajam fikiran abang...
yang akan cuba menjadi tulang belakang abang, menyokong kuat jatuh bangun abang dalam kehidupan...
yang akan selalu mendoakan kebahagian & kesejahteraan abang dunia & akhirat...

 Kerana sayang sangat2 mencintai & menyayangi abang ikhlas kerana ALLAH..
doa sayang semoga jodoh yang ditentukan oleh Allah ini akan kekal bahagia di dunia & akhirat....
mudah2an perkahwinan kita ini di kurniakan Sakinah, Mawaddah & Rahmah yang berkekalan...
juga zuriat2 yang soleh & solehah yang mampu menjadi aset paling berharga kita untuk dibawa menghadap Allah yang maha Agung...

mohon maaf andai ada silap & khilaf sayang sepanjang bergelar isteri abang...
dan sayang nak abang tahu yang sayang sangat2 bahagia menjadi isteri abang......
terima kasih abang....
i love you so much......


SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA ABANG...
LOVE YOU SO MUCH... 

Wednesday, October 3, 2012

Rumah baru aku...

Siapa masih ingat pada entry aku yang satu ni

bercerita pasal angan2 aku nak ada rumah sendiri...
& hari ni aku nak bercerita lagi...
bukan pasal angan2 tapi dah jadi realiti..
Alhamdulillah....
syukur atas rezeki yang Allah kurniakan.

Terima kasih sangat2 pada En.suami sebab dah berjaya realisasikan impian aku..

Meh nak story sikit camne En. suami leh bersetuju nak beli rumah ni...hehe

Camni citenyer....

Tiap2 kali aku balik keje,aku mesti akan nampak rumah ni (lokasi dia kat tepi jalan aku nak balik kerja). Bila traffic light 'merah', keta aku mesti akan berhenti betul2 depan rumah contoh. Dari jauh, aku mesti tengok sambil berangan2 kalau lah aku ada rumah macam ni kan bagus.....(berangan lagi!!).
Sampai rumah, aku mesti akan cerita kat En.Suami...tapi dia diam je..
Hampir setiap kali aku berhenti depan rumah tu, mesti aku akan cerita pada En.suami...
tapi dia masih diam je...paling tak pun dia senyum sikit je..beri respon..huhu.

Satu hari, dia ajak aku gi JohorLand office..
katanyer nak usha harga2 rumah...
(dalam hati aku dah berbunga riang.....cam de potensi dia nak beli rumah)


sampai office, saleswomen tu cakap lot bumiputera utk rumah tu (yg aku duk angan2kan tu) tinggal 11 buah je lagi..
lepas dia bincang2 dengan saleswomen tu, terus kitorang decide nak gi rumah contoh...
fuhhhh...bila dapat masuk dalam rumah contoh, lagi lah bertambah2 angan2 aku...
mulut aku asyik cakap 'cantiknyer abg...cantiknyer...syg suke..'

En. suami tanya 'betul sayang suke?'..
aku pe lagi...terus je la angguk...
En.suami jawab dengan selamba.."ok...kita terus booking rumah ni ye."

Ya, Allah...dalam hati hanya Allah je yang tahu betapa happy nyer hati aku masa tu. 
Rasa nak lompat tinggi2..

& Alhamdulillah...segala urusan pembelian rumah berjalan lancar.

Now tengah tunggu rumah siap 100 % baru boleh dapat kunci...
InsyaAllah Januari 2013...

Tak sabarnyer rasa nak pindah rumah baru...


Tadaaaaa......

 
ni lah gambar rumah baru kitorg.

Syukur sangat....
Terima kasih abang.......


misi seterusnyer....kumpul duit utk ubah suai rumah.
chaiyok........


Saturday, September 29, 2012

Peluang untuk berubah..

 Setiap hari merungut pasal stress kerja...
Setiap hari balik rumah dengan badan longlai kepenatan...
Setiap hari memendam rasa gara2 disindir atau dimarah oleh bos...
& setiap hari menahan rasa bosan dengan rutin harian yang sama....

Itulah aku...
Bekerja sebagai pegawai di pejabat....
haha.....
nak sangat kerja pejabat..
nah ambik ko rasa pengalaman tu.....

Sungguh...
aku sangat2 rasa tertekan
Aku tak mahu terus kekal kerja di pejabat ni walaupun tempoh bekerja belum pun masuk bulan ke 3...haha


Namun Allah itu Maha Pemberi,
& rezeki tu milik Allah....
& manusia itu adalah pengantara.....


Aku berusaha cari solusi utk settel problem aku ni...
Dan tanpa disangka ada seorang kawan membuka ruang penyelesaian yang baru untuk aku...
Menghulurkan aku bantuan untuk memulakan satu perniagaan.
aku percaya 9/10 dari rezeki manusia sumbernyer perniagaan...
dan aku yakin, aku sangat2 berpotensi untuk berjaya...
sebab apa aku yakin sangat????
sebab aku ada sokongan yang sangat hebat dari keluarga & kawan2...
& 1 lagi sebab yang sangat kukuh ialah aku yakin peluang ini  sebenarnyer datang dengan izin Allah
pasti ada hikmah yang besar pada setiap apa yang berlaku....


Terima kasih Ya Allah 
kerana membuka peluang untuk aku berubah & bakal mengubah nasib keluarga suatu hari nanti....

Terima kasih kawan 
sebab dah perkenalkan aku dengan 1 perniagaan yang memang sangat2 berpotensi.....

Aku dah nak berubah!!! Anda bila lagi??????

~ lain kali aku story lagi pasal new biz aku ni eh.....now get to go to training class ~
 (nak berniaga, kena la ada skill...nak jadi usahawan, perlu la ada ilmu....jom kiita mantapkan diri kita)
CHAIYOKKKKK!!!!!!

Thursday, September 27, 2012

Rindu pada blog saya....

Lamanyer rasa tak mencoret sesuatu di blog kesayangan aku ni...
rindu sangat...
tapi apa kan daya 
kekangan masa tu yang buat aku payah sesangat nak duduk menulis kat blog aku ni...


Apa pun, aku masih cuba mencari sikit masa utk update blog ni supaya ia tak semakin usang & bersawang..
hingga tak ada sesape pun sudi nak jengah..hehe


Alhamdulillah..
berkat bulan Ramadhan yg lalu, aku dah pun berjaya menjalani VIVA MASTER ku...
perasaan masa tu macam terawang2 di awan sekejap bila examiner cakap aku lulus ujian ni..
tapi dengan major correction!!
syukur..Alhamdulillah....
walaupun dengan major correction, aku tetap happy sesangat..
ye lah....thesis aku hanya di semak SEKALI je oleh supervisor!!!
tu pun mujur dia sudi nak check..huhu
 orang lain aku pasti thesis mereka akan di check berkali2 before hantar pada examiner kan?
cuak jugak aku....
tapi mungkin berkat Ramadhan, viva utk thesis aku berjalan lancar..

Now, tengah dalam mood buat correction...
tapi ia penuh ngan cabaran...
iaitu kekangan waktu...
seharian bekerja di office 8-6.30 ptg buat aku rasa sangat penat & ngantuk
kerja2 office yg tak pernah berkurang & perlu buat dengan cepat & pantas lak buat aku rasa STRESSS!!
balik rumah, badan dah rasa longlai gile..
mata dah nampak katil je..hehe
nak tido nanti pe lak mak mertua cakap..
terpaksa la buat2 rajin tolong masak utk dinner lak..

After dinner & solat Isya, baru lah aku mula buat correction thesis...
paling lama aku mampu bertahan ialah 2 jam...lepas tu aku ghaib..
kadang2 terlelap kat lantai..kadang2 kepala lentok kat laptop..
huhu..penat jugak bila pegang 4 status sekali serentak ni..
PEKERJA, PELAJAR , ISTERI &  MENANTU
mungkin ni hikmah Allah belum kurniakan 1 lagi status iaitu IBU...
supaya aku belajar untuk perbaiki diri dulu kot..
MUNGKIN...Allah tu Maha tahu..

Doaku saban hari supaya 1 hari nanti akan ada hasilnya atas setiap pengorbanan yg aku lakukan...
Aminnnn.....
mudah2an Allah buka jalan2 kebaikan & permudahkan usaha aku utk sampai ke puncak kejayaan..


Friday, August 31, 2012

Saham pasti kaya..

Entry kali ini aku nak ajak korang melabur dalam 1 saham ini..

Modal rendah

Dijamin bagus, takkan menyesal & tak akan di tipu...

yang paling best......
ada bonus besar & masyukkkkkkkkkkkkk!!!!!!!
terbaikkkkk!!!!!!!! 

ada sesiapa berminat?

sila baca dengan penuh yakin pada apa yang aku nak terangkan ni....
kalau tak, nanti korang jugak yang melepas......
rugi-rugi!!!!


ok...biar aku terangkan 1 per 1 bagi korang semua faham...

syarat yang paling penting untuk SAHAM PASTI KAYA ni adalah ikhlas, sabar, yakin & tawakal..
ada 3 jenis modal yang penting untuk saham ini..
 korang boleh pilih untuk guna 1 atau 2 atau ketiga-tiganyer sekali sebagai modal untuk saham ini.
lagi banyak modal...lagi berpotensi untuk untung besar...

apa modal tu?
modal saham ni ialah:

1) anak yang soleh
2) ilmu yang bermanfaat
3) sedekah jariah

aik? saham ni tak guna duit? cakap boleh kaya tadi...tipu betul la!!! =(

ala...relax la bro...hidup kita ni bukan setakat kat dunia je kita nak kaya..
akhirat pun mesti nak kaya jugakkan...
lagipun kaya tu tak semestinya kaya dengan harta je...
kaya & berbahagia di akhirat tu lagi kekal abadi dari kaya di dunia tau.... 




Monday, August 27, 2012

duhai cahaya mata


Bila tengok baby, rasa nak sangat anak.....
tapi nak buat camne...
belum ada rezeki...
aku merancang, Allah juga merancang 
& sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang SANGAT2 TERBAIK utk aku


Namun hati wanita mana yang sangat tabah & tidak tersentuh bila asyik disoal pasal anak ini..
lebih2 lagi yang dah berkahwin lama namun masih belum dikurniakan cahaya mata..
sungguh...
rasa hati sangat2 sedih, pilu, hiba & dukacita..
bila lihat orang lain yang mudah je pregnant...hati rasa sangat2 cemburu..
serius!!!

Kadang2 persekitaran memang sangat2 buat aku tertekan...
family, saudara-mara, jiran2 & kenalan2 yg asyik bertanya2..
tak kurang juga ada yg menyindir & mempersendakan kekurangan aku ni...
berat betul terasa dugaan ini...
namun aku gagahkan juga...
aku tahu ini semua ujian dari Allah..
aku harus tabah & redha atas ketentuan ini..
siapa tahu ada hikmah yang terbesar disebalik semua ini...
kalau bukan di dunia pasti di akhirat...

tapi semua..ingat ye..
semua ni berlaku atas izin Allah..
rezeki, kebahagiaan, kesihatan. anak, sakit semuanya ketentuan Allah
siapa kita untuk mempersoalkannya...
sebaliknya kita harus bersyukur dengan setiap yang kita ada
dan jangan sesekali mengutuk kekurangan orang lain..
Allah itu maha Adil....

sabar & terus sabar...........