Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Monday, October 22, 2012

Sekecil gelas atau seluas tasik????

Entry kali ni aku nak share 1 cerita teladan...
(minta izin share duhai blogger Anim)
sape nak dengar? 
cer angkat tangan....


ceritanyer gini....
Pada Zaman Dahulu......(ala2 citer kartun kat tv Al-Hijrah tu..)

Seorang guru sufi bertanya kepada seorang muridnya yang sejak kebelakangan ini murung dan sedih. "Kenapa kamu sentiasa murung dan sedih. Bukankan banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?" si guru bertanya.

"Tuan, kebelakangan ini hidup saya penuh dengan masalah. Sukar bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tiada akhirnya" jawab si murid muda itu.

Si guru tersenyum. "Ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah ke mari. Biar ku perbaiki keadaan hatimu itu".
"Ambil segenggam garam dan masukkan ke dalam segelas air itu. Setelah itu, cuba kau minum airnya sedikit," kata si guru

Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini berkerut kerana minum air yang sangat masin.

"Bagaimana rasanya?" tanya si guru.

"Masin dan perutku menjadi mual," jawab si murid dengan wajah yang masih berkerut.

Si guru tersenyum sekali lagi apabila melihat wajah muridnya yang berkerut kemasinan.

"Sekarang kau ikut aku". Si guru membawa muridnya ke sebuah tasik berhampiran tempat mereka. "Ambil garam yang segenggam lagi itu dan taburkan ke tasik".

Si murid menaburkan segenggam garam yang berbaki itu ke tasik tanpa bersuara. Rasa masin mulutnya belum hilang. Ingin rasanya diludahkan sahaja rasa masin dari mulutnya tetapi tidak dilakukannya. Rasa kurang sopan meludah di hadapan gurunya itu.

"Sekarang cuba kau minum air tasik itu," kata si guru. Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air tasik itu, mengambil air tasik dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air tasik yang dingin dan segar mengalir ditekaknya, si guru bertanya, "Bagaimana rasanya, nak?"

"Segar...segar sekali tuan,"kata si murid mengelap bibirnya dengan tangan. Tentu sahaja tasik itu berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah . Dan sudah pasti air tasik itu juga menghilangkan rasa masin yang tersisa dimulutnya.

"Masih adakah rasa garam yang kau taburkan tadi?" tanya si guru.

"Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Si guru hanya tersenyum memerhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air tasik tersebut sepuas-puasnya.

"Nak" kata si guru setelah muridnya selesai minum. "Segala masalah dalam hidup ini seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam.
"Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang hidupmu sudah ditakdirkan Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap begitu, tidak berkurang, tidak bertambah"
"Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi , yang bebas dari penderitaan dan masalah"

Si murid terdiam mendengar kata-kata gurunya itu.

"Tetapi nak, rasa "masin" dari penderitaan yang dialami itu sangat bergantung dari besarnya "kalbu" (jiwa) yang menampungnya.  Jadi nak, supaya tidak terus menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikanlah kalbu dalam dadamu itu sebesar tasik" ujar si guru lagi.

Moral of the story????

Hati, 
sila berhenti jadi gelas
yg ada ruang sangat kecil utk simpan masalah


sebaliknya...
jadilah tasik yang terbentang luas..
punya ruang yang besar untuk melarutkan masalah..


hati yg 'besar' selalunya akan lebih tabah & sabar hadapi setiap masalah hidup..

hidup akan sentiasa ceria walaupun masalah datang menguji...

Monday, July 30, 2012

Ramadhan....bukan pesta pertandingan makanan!!!

Siapa yang tak tahu atau tak pernah pergi bazar Ramadhan?
sila angkat tangan!!!!
kalau ada orang yg macam ni memang aku sgt2 kagum....

Bazar Ramadhan memang sangat2 famous di kalangan rakyat Malaysia, tak kira di bandar atau pun di kampung.
pelbagai juadah makanan semua ada di bazar ramadhan
pelbagai jenis air. kuih, nasi, lauk semuanyer menarik hati pelanggan nak beli...

kuih-muih

air pelbagai warna

memang banyak dugaan perasaan bila berada di bazar ramadhan..
lebih2 lagi bila perut terasa lapar minta diisi, nafsu semakin menjadi2
semua makanan nampak sedap..
& akhirnya membeli dengan banyak tanpa sedar...

Ha....kan dah membazir kalau ada makanan yg dibeli tu tak habis....
waktu berbuka pulak, kalau makan terlalu ikut nafsu, dah pasti malas untuk melakukan ibadah lain seperti tarawih..
alahai...ruginyer.....

meh kita nilai video ni!!!
Seeloknya, biarlah kita jadi seperti kartun yg kuning..makan sekadarnya sewaktu berbuka 
supaya badan kita masih bertenaga untuk melakukan ibadah lain..
Bukan seperti kartun merah..
makan macam 1 tahun tak pernah makan..
makan sampai perut kembung, kenyang & berat nak gerak...
akhirnya ibadah wajib pun tak mampu nak lakukan 
gara2 kekenyangan....
rugilah orang seperti ini, sebab puasanyer hanya sekadar menahan lapar & dahaga sahaja..
hehe...sekadar renungan bersama..
semoga Ramadhan kita kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari Ramadhan yang terdahulu...
InsyaAllah.....

Thursday, July 19, 2012

Ujian hidup

Hidup di dunia memang tak akan pernah sunyi dari ujian,
susah, senang, suka & duka..
semua untuk uji tahap iman & sabar kita sebagai hamba Allah

Dan beruntunglah bagi orang2 yang sabar..
kerana janji Allah, syurga itu adalah ganjarannya di akhirat nanti
aminnnnn.....

Firman Allah dalam surah Al-Rad ayat 22-24

وَٱلَّذِينَ صَبَرُواْ ٱبۡتِغَآءَ وَجۡهِ رَبِّہِمۡ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُواْ مِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ سِرًّ۬ا وَعَلَانِيَةً۬ وَيَدۡرَءُونَ بِٱلۡحَسَنَةِ ٱلسَّيِّئَةَ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمۡ عُقۡبَى ٱلدَّارِ (٢٢) جَنَّـٰتُ عَدۡنٍ۬ يَدۡخُلُونَہَا وَمَن صَلَحَ مِنۡ ءَابَآٮِٕہِمۡ وَأَزۡوَٲجِهِمۡ وَذُرِّيَّـٰتِہِمۡ‌ۖ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ يَدۡخُلُونَ عَلَيۡہِم مِّن كُلِّ بَابٍ۬ (٢٣) سَلَـٰمٌ عَلَيۡكُم بِمَا صَبَرۡتُمۡ‌ۚ فَنِعۡمَ عُقۡبَى ٱلدَّارِ (٢٤) 

Maksudnya:

Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; (22)
 Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (23)
 (Memberi hormat dengan berkata): Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu. (24) 


Jom dengar dan hayati lirik nasyid ni......
semoga kita akan sentiasa terus sabar menghadapi ujian-ujian hidup..

Monday, July 16, 2012

Jangan putus asa...

Ujian datang bertubi - tubi..
Kadang - kadang rasa sangat2 lemah nak lawan hingga terasa nak putus asa je..
Air mata tak yah cerita lah...mengalir laju sampai tak mampu nak tahan..
Lebih payah bila...tak ada seorang pun yg mampu faham masalah ni..
Pada sape nak mengadu ni????????

saat -saat lemah macam ni, dah pasti syaitan mudah untuk bisik sesuatu yg jahat & salah je...
jika tak ada iman, pasti akan mudah kalah......

sebaiknya...janganlah bersedih...


Adukan setiap masalah itu pada Allah dalam solat, sujud & doa...
Pasti hati akan jadi tenang..


Dan Allah telah berfirman dalam surah Insyirah..

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
أَلَمۡ نَشۡرَحۡ لَكَ صَدۡرَكَ (١) وَوَضَعۡنَا عَنكَ وِزۡرَكَ (٢) ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهۡرَكَ (٣) وَرَفَعۡنَا لَكَ ذِكۡرَكَ (٤) فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا (٥) إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا (٦) فَإِذَا فَرَغۡتَ فَٱنصَبۡ (٧) وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرۡغَب (٨) 
Maksudnya
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk) (1) 
 Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2)
 Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya) (3) 
 Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (4)  
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5)
 (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6)  
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7)  
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). / (8)
  

Janganlah sesekali berputus asa...
kerana janji Allah, setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan
Jangan berhenti berharap,
Berusahalah bersungguh-sungguh, doa & bertawakal pada Allah..
Kerana Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik utuk hambaNya..






Monday, July 9, 2012

Hidup Umpama Roda


Kitar hidup kita ni memang macam roda
Hari ni  kita di atas, nanti kita pasti di bawah..
Hari ni kita di sanjung & di hormati, nanti mungkin di keji..
Hari ini kita hidup bermewah-mewah, boleh jadi nanti kita hidup melarat...

Semuanya dalam aturan yang ditetapkan Allah..
Jadi, untuk apa perlu kita berasa takbur, riak & sombong!!!!

Kita selalu bangga ada rumah besar, kereta mewah, pangkat besar & mampu miliki barang2 yang mahal..
tapi kita selalu lupa semua itu hanya pinjaman sementara dari Allah..
seandainya Allah nak tarik semula nikmatNya, sekelip mata pasti terjadi..
seharusnya kita perlu sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah beri & berusaha bersungguh2 menjadi seorang mukmin yang soleh..
Syarat untuk jadi mukmin yang soleh:
1) Takut kepada Allah lebih dari segala yang ada di dunia ini...
bukan takut pada hantu, takut pada bencana alam atau takut pada polis!!!!
2)Tawakal pada Allah
sentiasa bertawakal pada Allah dalam segala-gala hal
usah takut miskin bila bersedekah kerana Allah itu Maha Pemberi Rezeki..
usah takut bercakap benar menegakkan sesuatu yang hak kerana Allah itu Maha Mengetahui...
usah takut mencegah kemungkaran kerana Allah itu sentiasa ada bersama kita..
3) Dirikan solat
Sungguh, solat itu tiang agama & amalan pertama yang akan disoal di akhirat kelak adalah solat..
Cuba tanya pada hati kita, adakah solat kita sudah cukup sempurna?
Jika jawapannya masih belum.....sila2 lah berusaha untuk perbaikinya..
masih belum terlambat untuk kita belajar perbaiki solat kita..
bacaannya, penghayatannya & perlaksanaannya..

 4) Infakkan harta ke jalan Allah
Mari kita belanjakan harta kita ke jalan Allah...
Allah itu maha pemurah, 
Allah akan melipat gandakan setiap apa yang kita belanjakan ikhlas kerana Allah..itu pasti!
Mari kita amalkan 4 syarat di atas....
mudah2an hidup kita akan beroleh kebahagiaan di dunia & di akhirat..aminnn
hakikatnya, hidup itu ibarat roda....
jika kita di bawah..
mudah2an hati kita sentiasa sabar & tenang menghadapi perit getir kehidupan..
jika kita di atas...
mudah2an hati kita akan sentiasa bersyukur dengan nikmatnya & tidak sombong & kedekut menghulur bantuan pada mereka yang di bawah...

sungguh...
hidup ini sentiasa indah jika hati sentiasa cinta kepada Allah..

Friday, July 6, 2012

Doa si kucing jalanan

Maha Suci Allah....comelnyer  makhluk Allah yang bernama kucing ni kan..

Sungguh, kadang2 telatah mereka sangat2 menghiburkan hati..

Bagi pencinta kucing, kadang2 ribuan ringgit sanggup dibelanjakan untuk seekor kucing kesayangannya..
Bagi mereka, ini sangat berbaloi kerana sifat kucing yang manja & penuh kasih sayang memang sangat2 mententeramkan hati..

meow2 dlm mug

Tido...
Tapi...seperti manusia, nasib kucing juga ada yang baik & ada yang kurang bernasib baik...

Bagi kucing - kucing jalanan..hidup mereka memang sangat susah..
Terpaksa meminta2 untuk sedikit makanan..
Terpaksa mencuri kadang2...

Ada juga yang kena sepak & terajang..
mati di langgar kereta
mati di pijak...
dan macam2 lagi..

kadang2 ia sangat menyedihkan...


Jadi, sebagai manusia yang perihatin..
janganlah kita berlaku zalim kepada makhluk Allah yang lemah ini..

Jangan kedekut untuk menghulurkan sedikit makanan walaupun kadang2 ia adalah sisa lebihan makanan kita..

Sungguh, walaupun amalan ini nampak kecil tapi ganjaran di sisi Allah sangat besar..
dan doa - doa dari makhluk Allah ini juga sangat mustajab...

Jom kita rajin2 bagi makan pada kucing terbiar ni...
& jangan lupa sambil hulur makanan tu cakaplah pada kucing "tolong doakan aku ye.."
walaupun mereka tak menjawap, hakikatnyer mereka sangat memahami apa yang kita dituturkan..
Mudah2an berkat doa dari makhluk Allah yang kerdil ini, kita mendapat ketenangan hidup di dunia & akhirat..
InsyaAllah...aminnn

Wednesday, July 4, 2012

nisfu sya'ban

Salam Nisfu Sya'ban semua...
Semoga buku amalan kita pada tahun lepas tercatat amalan-amalan kebajikan yang ikhlas & mendapat keberkatan dari Allah.
Dan mudah-mudahan buku amalan baru untuk tahun ini akan tercatat amalan-amalan yang lebih baik..InsyaAllah..



Sungguh..begitu banyak fadhilat pada malam nisfu syaban ni..

Jadi, jom kita ramai2 bangun qiamullai malam ni..
lakukan solat tahajut, solat2 sunat, perbanyakkan zikir & mengaji Al-Quran
mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dari Allah, mendapat keampunan Allah, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dlm iman dan mendapat ketenangan hati...

Esok siang pulak...jom kita berpuasa sunat...

Jom..jom...jom...
meh kita rebut peluang keemasan ini..


Tuesday, June 19, 2012

sabar & terus sabar

Kadang2, jika 1 masalah tu kita adukan pada manusia, sering jalan buntu adalah penyelesaiannya
 Paling tidak, nasihatnya “sabar, sabar dan terus sabar”
Sungguh, bahu yg memikul adalah lebih berat dari mata yg memandang & mulut yg berkata2.

Pengalaman pernah mengajar aku sesuatu..
Jangan selalu bergantung harap pada manusia, sebaliknya sandarkan harapan & kepercayaan pada Allah
Dia Tuhan yang Maha Berkuasa atas sesuatu,
Dugaan yg sedang menguji kita ini juga hadir dengan izinNya,
Jadi, bukankah Allah itu sebaik2 sandaran?
Saat hati benar2 tertekan & otak buntu memikirkan penyelesaian,
Bacalah ayat 286 surah al-Baqarah ini berulang-ulang kali, hingga nafas kembali tenang,
Sungguh, selepas itu hati akan jadi damai & otak akan kembali berfikiran positif.
Ayat ni la yang aku selalu amalkan saat aku  bingung & tertekan mencari penyelesaian masalah.



Selain itu bersabar je lah….
Sabar itu sebahagian dari iman..

Tapi kadang2 hati aku tertanya2 jugak camne cara nak sabar?
Selalu org cakap sabar, sabar…tapi apa perlu aku buat utk sabar ek?

Mari kita renung ayat 130 -132 Surah Tohaa ni,

فَٱصۡبِرۡ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحۡ بِحَمۡدِ رَبِّكَ قَبۡلَ طُلُوعِ ٱلشَّمۡسِ وَقَبۡلَ غُرُوبِہَا‌ۖ وَمِنۡ ءَانَآىِٕ ٱلَّيۡلِ فَسَبِّحۡ وَأَطۡرَافَ ٱلنَّہَارِ لَعَلَّكَ تَرۡضَىٰ (١٣٠) وَلَا تَمُدَّنَّ عَيۡنَيۡكَ إِلَىٰ مَا مَتَّعۡنَا بِهِۦۤ أَزۡوَٲجً۬ا مِّنۡہُمۡ زَهۡرَةَ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا لِنَفۡتِنَہُمۡ فِيهِ‌ۚ وَرِزۡقُ رَبِّكَ خَيۡرٌ۬ وَأَبۡقَىٰ (١٣١) وَأۡمُرۡ أَهۡلَكَ بِٱلصَّلَوٰةِ وَٱصۡطَبِرۡ عَلَيۡہَا‌ۖ لَا نَسۡـَٔلُكَ رِزۡقً۬ا‌ۖ نَّحۡنُ نَرۡزُقُكَ‌ۗ وَٱلۡعَـٰقِبَةُ لِلتَّقۡوَىٰ (١٣٢)
Maksudnya: 
 Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan). (130) Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya; sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. (131) Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (132)

Petua utk sabar itu adalah 4 perkara
1)      Bertasbihlah memuji Allah
2)      Jangan mudah tergoda pada kemewahan, kenikmatan & kesenangan hidup orang lain
3)      Jagalah solatmu & keluargamu
4)      Tawakal pada Allah tentang rezeki & percaya rezeki itu adalah milik Allah

InsyaAllah..if amalkan 4 perkara di atas, pasti hati akan mudah redha dengan qada & qadar Allah..

aminn...aminn...aminnn..Ya Allah

Thursday, June 14, 2012

Jom amalkan doa harian

Doa harian ni if tanya kat kanak-kanak sekolah rendah, pasti ramai yang dah lancar membaca & menghafalnyakan..
Ingat dulu masa sekolah rendah, siap ada pertandingan menghafal doa2 harian..
seronok sangat bila dapat hafal banyak doa & boleh menang hadiah
masa tu akal still xpanjang, ustazah suruh hafal, aku pun hafal...
tapi sekarang baru tahu betapa pentingnya hafal doa harian..


jom kita semak semula hafalan doa harian kita


ha...penting tau baca doa ni sebelum makan..nak tahu sebab pe?
sebab doa ni leh halang kita makan bersama syaitan
(bukan budak2 je kena baca doa ni, tapi mak budak & ayah budak pun kena baca tau..hehe)


Dah lepas makan pun kena baca doa, supaya makanan yg kita makan itu berkat.
If tak berkat, tu yang kita cepat je rasa lapar & takut2 makanan yang kita makan boleh bagi mudarat pada kita, nauzubillah...


Sebelum tidur, mestilah kena baca doa, supaya Allah pelihara kita sewaktu kita tidur.


Bangun dari tidur, kita mestilah ucap syukur pada Allah sebab pinjamkan kita nyawa untuk 1 hari lagi hidup di dunia


Nak masuk tandas (rumah syaitan) lagi2 la kita dituntut membaca doa supaya Allah lindungkan kita dari gangguan syaitan


Dah selesai qada al-hajat (kuar tandas), kita perlu syukur pada Allah sebab dah lindungkan kita

Subhanallah......baguskan ajaran islam..rugi sangat2 jika kita tak buat. 
Baca doa ni sunnah rasulullah tau...so if kita amalkan alangkah bagus & beruntungnya kita
Jom kita amalkan doa harian ni dalam hidup kita seharian....biarpun nampak remeh, bila diamalkan barakahnya berganda, jika ditinggalkan pastinya kita tergolong dalam golongan orang2 yang rugi.
pilihan di tangan kita.....fikir2kan...

Monday, June 11, 2012

jom berubah..

Dalam hidup kita sehari2 sebenarnya banyak yg kita rugi!!

betul...

xcaye cer muhasabah diri sekejap..

kan2, de je masa yg kita buang gitu je tanpa sebarang amal kebajikan yg kita buat

sedihnya...umur dah makin meningkat tapi amal ibadah kita masih kurang.

selalunya alasan sibuk & tak ada masa
 itu la sebab yg buat kita leka kejar harta dunia yg sementara ni..

so, jom kita buat perubahan sikit start from today.....nak tak?

"ala....malas la, aku ni Dr tau, mne de masa nak fikir perubahan2 ni...pesakit aku ramai tengah tenat tu"
"ish2.....aku ni final year student, bz la..exam dah dekat, fyp pun xsiap2 lg ni..."
"kau nak berubah, gi la berubah sorang2, buat pe ajak aku.....aku ni cikgu tau, banyak keje, balik umah kang nak masak, jaga anak...mne nak terfikir pasal berubah2 ni..ko lain la...."

hehe...biasanyer dialog yg diatas la yg selalu kita dengar bila ada orang ajak kita berubah ke arah kebaikan

cuba kalau orang ajak masuk SKIM CEPAT KAYA....
pasti ramai yg nak dengar,percaya & sanggup berubah

xpun ajak datang JUALAN MEGA Diskaun hingga 70%
mesti berduyun2 datang, berbaris panjang di kaunter pun xde hal lah

atau ada KONSERT penyanyi terkenal atau ada perlawanan BOLA SEPAK
wajib, tiket semua habis terjual & lautan manusia melimpahi stadium


alahai..dunia dah akhir zaman,
perkara baik itu sangat susah utk buat & sangat sedikit yang amalkan
perkara mungkar itu terlalu mudah utk buat & sangat ramai yang sanggup amalkan


tapi hidayah itu milik Allah, 
so kita sebagai hamba perlu berusaha mencari hidayah & redha Allah utk capai cita-cita kita memasuki syurga Allah 

dalam ruang2 kesibukan dunia tu, masih banyak peluang utk kita buat amal ibadah & kebajikan ikhlas kerana Allah

xcaye?

mari niatkan kerja kita seharian itu sebagai ibadah
pastinya memandu ke tempat kerja itu ada pahala
terperangkap dalam jam itu ada pahala
bekerja 8 pagi sampai 5 petang itu ada pahala
dan jika hati sentiasa zikir ingat Allah itu juga pahala

untuk surirumah,
niat melakukan kerjarumah itu ibadah,
pastinya memasak itu ada pahala,
jaga anak itu ada pahala
jika setiap kerja disertakan zikir, pasti pahala akan berganda & barakahnya akan buat keluarga sentiasa aman & bahagia

Islam itu Indah & mudah

jom kita berubah, niatkan dalam hati setiap perkara yg kita lakukan tu sebagai ibadah, 
pasti ada keberkatan.

insyaAllah



 
 

Friday, May 11, 2012

Duka & suka buat master

Entry kali ni aku nak bercerita pengalaman duka & suka aku wat master..
Memang dari kecik aku dah simpan angan2 utk memiliki PhD sebelum usia 36 tahun.

Lepas aje tamat degree di UM tahun 2008, aku memang dah sibuk2 cari tempat utk sambung belajar lg.
Kebetulan time tu, BF aku still study kat UPM
dia cadang kan aku utk sambung kat UPM
aku try email lecturer2 UPM bagi resume aku
kebetulan de seorang lecturer tu offer aku 1 tajuk yang menarik & lecturer tu pun sgt bersungguh2.
jadi rasa memang tak teragak2 lagi la nak sambung bawah lecturer tu.

Jadi bermulalah episod aku bergelar seorang pelajar pascasiswazah UPM di bawah seliaan Dr. Razali
Dr. Razali memang seorang yang supervisor yang baik & banyak membantu

Semester pertama aku di UPM, aku tinggal di kolej serumpun.
Jauh dari fak aku, disebabkan aku tak ada kenderan so terpaksalah aku naik bas UPM utk ke fak setiap hari
pagi2 lagi aku dah bersesak2 dengan pelajar undergrad utk ke fak
berebut2 & bertolak2 ok! (can you imagine?)
if xbuat macam tu, aku akan ketinggalan bas & lewat sampai fak.

Sample yang aku guna utk projek aku adalah kenanga.
Daun & bunga kenanga yang hendak di extract perlulah segar, so aku kena petik segar dari pokok & terus di extract utk mendapatkan result yang bagus.
sampel bunga hanya boleh diambil di Taman Universiti
jauh & dengan aku yg xada kenderaan, memang sgt2 payah & bermasalah
naik bas lambat la kan, selalu je sampai lab, bunga kenanga aku dah hampir layu sikit
kecewanyer lah..
nak minta tolong kawan2 lab, diorang pun xde kenderaan
 nak tak nak, aku gagahkan jugak la

Lepas 5 bulan aku di UPM, aku dikejutkan dengan berita Dr. Razali mengalami stroke hingga lumpuh
Disebabkan hal itu, Dr. Razali di tamatkan perkhidmatannya di UPM, jadi aku pun terpaksalah di tukarkan kepada supervisor baru dengan tajuk projek yang baru
Sedih itu dah pasti...sebab projek lama aku dah bermula separuh jalan

Aku fikir, ni mungkin permulaan yang baik utk aku,
tapi malangnya masalah bukan semakin berkurang, tapi bertambah2

Supervisor aku yang baru ni, xsama macam Dr. Razali
Memang dia murah hati & tidak lokek, tapi dia seorang yang sangat2 sibuk
susah sangat nak duduk berbincang dengan dia
jadi terpaksalah aku berdikari sendiri memulakan projek aku yang baru ni
tanpa kemahiran, tanpa panduan & seliaan yang sepatutnya

Hanya air mata jadi peneman sepanjang aku melakukan projek
Payah, susah & mencabar
tapi Allah itu Maha mengetahui,
Dia kurniakan aku sahabat2 yang baik yang mampu bagi aku sokongan & nasihat
menghiburkan hati aku disaat aku tertekan
Juga memiliki seorang BF (suami aku kini) yang sanggup pinjamkan telinga utk dengar semua masalah aku
Berkat sabar, lab work aku habis juga pada penghujung 2010

Menulis thesis jugak adalah 1 cabaran
Bukan semudah yang kita sangka
kena ada kesungguhan & kesabaran yang tinggi utk berjaya menyiapkannya secepat mungkin.
Aku berjaya menghantar full draf thesis aku pada supervisor akhir Januari 2011
Cepatkan aku tulis thesis?
Aku buat sungguh2, tekun & berdikit2 dari awal lagi (b4 labwork aku habis, aku dah siapkan sampai chapter 2)


Malangnyer, draf thesis aku dipandang sepi oleh supervisor hampir 1 tahun gara2 kesibukannya.
Status thesis selalu pending & perlu di remind banyak2 kali,
 Akhirnya berjaya juga aku submit thesis aku pada examiner pada februari 2012.
Now, aku tengah tunggu GSO UPM beri tarikh utk VIVA

Lamakan aku buat master, 4 tahun tu
Entah mana silapnyer pun aku tak tahu
Aku bukan jenis orang yang suka buat benda tak sungguh2, tapi aku dapat supervisor yang tak bersungguh2
Mungkin ni ujian utk aku, aku redha

Jadi pesan aku pada sesiapa yang rasa nak sambung belajar, sila la kenal dulu siapa supervisor anda, & fahamkan betul2 projek anda tu.
sambung belajar itu tak mudah
ada cabaran & tuntut pengorbanan
jadi persiapkan diri anda sebelum melangkah masuk ke episod ini.




Wednesday, May 9, 2012

What you give, You get back..

"Apa yang kamu beri, pasti kamu akan dapat semula"
Biasa la kita dengar org cakap gitu,
dan biasa jugak terjadi pada kita kan.
tak kira benda tu baik, atau pun buruk..

Cuba kita senyum, pasti orang lain akan senyum kat kita semula, betul tak?
Jarang kita jumpa orang yang akan masam mencuka je bila kita senyum kat dia, if de pun tu mesti kes orang tu sombong bodoh or mood dia tengah xok...kn?

Macam kita buat sesuatu benda yang baik, pasti Allah akan balas sesuatu yang baik jugak untuk kita..
kalau bukan hari ini, pasti hari lain..InsyaAllah

Buat benda yang jahat pun sama, sebab dah jadi hukum Allah,
apa yang kita buat akan kita dapat kembali
jika kamu baling najis pada orang lain, pasti najis juga yang akan di lemparkan pada kamu..

kalau kita derhaka pada ibu dan ayah, kelak bila anak kita dah besar, mereka pulak yang akan derhaka pada kita
kalau kita sering menyenangkan orang lain yang dalam kesusahan, pasti akan ada yang akan hulurkan bantuan bila kita pula yang dalam kesusahan.

Jadi, pilihan tu ditangan kita sendiri,
nak benda yang baik, kena la bagi benda yang baik pada orang lain dulu.
tak susahkan nak buat baik?
senyuman tu contoh paling mudah..


tapi mulut yang berkata memang mudah..
nak buat mesti sukar & mencabar.
 hanya 1 rahsia untuk menjayakan misi berbuat baik ni..
nak tahu pe dia?
 hehe...
rahsianyer adalah.....



selalu fikir benda2 yang positive

bisikkan dalam hati
"kalau hari ni aku buat baik, pasti aku akan dibalas dengan benda baik,
tapi...
kalau hari ni aku buat jahat, sudah pasti kejahatan jugak yang aku akan terima..
Allah itu Maha Adil.."

pasti hati kecil kita akan pilih utk buat benda yang baik...

tak percaya?????

cuba la try sendiri...
aku dah try, & teori ni mmg sgt2 berhasil
hati aku jadi tenteram & aman 
sebab aku tahu Allah itu Maha Adil
 "What you give, You get Back"..


Sunday, May 6, 2012

Stay the same..

meh kita hayati lirik lagu ni dulu


mendalamkan maksud lagu ni..
aku suka lagu ni sebab ia sangat memotivasikan aku bila aku rasa down & terasa nak transform jadi orang lain
hehe..

kadang2 kita tak sedar yang kita sebenarnya ada kelebihan kita sendiri
di sebabkan sikap kita yang selalu memandang orang lain dengan kaca mata fizikal je

 "selalu fikir negative pasal diri sendiri, kurang keyakinan diri & suka berada di zon selesa"
itu yang kita selalu buat & fikirkan
takut sangat nak berubah kan
takut apa nanti orang cakap if tak berjaya

sebenarnya kuasa fikiran kita sangat beso
sgt2 la powerful
betul!
kita bertindak ikut apa yang kita fikirkan

macam orang nak jaringkan gol, if dia ragu2, mesti bola tak akan masuk dalam gol
tak caya, cuba try..hehe

takut, ragu2, tak percaya pada diri sendiri, fikiran negative
tu semua musuh yang ada dalam diri kita sendiri

nak berjaya, kita kena percaya pada diri sendiri 100%
tak mudah putus asa

memang betul, nak berjaya tu memang sukar
nak capai sesuatu yang berharga & bernilai,pasti ada banyak halangan dan dugaan
tapi kena la ada kesabaran & pengorbanan
sebab tu kan resipi kejayaan
jarang ada orang berjaya tanpa guna formula 
Usaha + Pengorbanan +Doa + Tawakal = Berjaya
if ada pun, itu mesti kes kebetulan


meh aku nak bagi analogi aku sendiri
Dalam hidup ni, kita umpama menaiki anak tangga
untuk sampai kemuncak, kita perlu naik 1 mata ke 1 mata 
tapi lain orang, lain cara dia naik tangga
betul tak?
  • de yang dah naik tangga A separuh jalan, tetiba nampak pula orang lain naik tangga B lagi laju, terasa nak tukar tangga B pulak lah, itu iri hati namanyer..tak pandai bersyukur.
  • de yang suka naik tangga, tapi tak pijak anak tangga dengan betul, terus lompat ke anak tangga yang lain...itu sikap orang yang rakus & tak bersungguh-sungguh...ini lah masanya kita terlekat pada mata itu je
  • de jugak yang tak larat naik tangga, lompat saja lah, untung2 sampai puncak, kalau tak, jatuh ke bawah lah...itu sikap orang yang berserah & putus asa
anak tangga itu umpama tahap atau level2 tertentu dalam hidup kita
jika level bawah tak ok, camne kita nak sampai level atas betul tak?
so, nak sampai kemuncak, kena la kita perbaiki satu persatu level yang kita lalui
if kita masih melekat di level yang tertentu dalam kehidupan,
kena muhasabah balik,
"apa yang belum kita perbaiki dalam level ni?"


Ingat, setiap insan itu unik.
Ada kelebihan & kekurangan masing2.
Untuk berjaya, petuanya tak perlu jadi orang lain,
cuma pertingkatkan kelebihan diri & perbaiki kelemahan diri.
 
 
Chaiyok2!!!!
 
 


Thursday, May 3, 2012

Nikmat memberi..

If guna logik akal, jika kita ada RM20, bila beri pada orang lain RM10, kita hanya tinggal RM10 je lagi.
betul tak?
tapi bila kita lihat guna perhitungan Allah yang Maha Adil,
jika kita beri RM10,
Allah gandakan jadi RM100
subhanallah..
hebatkan
bukan itu je, saham akhirat kita juga bertambah.

sebab pe?
sebab jika 1 kebaikan yang kita beri, Allah akan ganti dengan 10 kebaikan.



dashyatkan kelebihan memberi.

dulu, aku pun memang susah nak memberi.
serius!
sebab aku asyik fikir ikut perkiraan manusia.
takut duit aku akan habis
aku lupa Allah itu adalah Maha pemberi rezeki

tapi,
setelah aku tersedar akan nikmat memberi
terasa sgt2 ruginyer diri aku ni
sungguh!

Allah perluaskan rezeki kita jika kita murah hati utk memberi & menginfakkan harta ke jalan Allah.



nak bersedekah tapi tak de duit?


tak jadi hal lah..
memberi & bersedekah ni bukan dengan wang ringgit je tau.
tapi dengan bermacam2 bentuk pemberian
yang penting ia ikhlas datang dari hati

contoh?

senyum
bersihkan kawasan surau Or tempat majlis ilmu
alihkan rintangan yang mengganggu lalulintas orang lain
tolong orang
& banyak lagi lah..
semua amalan tu dianggap sedekah & saham kita di akhirat nanti



Ha, itu lah nikmat memberi yang aku rasa, semakin bersedekah, semakin rezeki tu datang melimpa-limpah
syukur ya Allah, Alhamdulillah
moga2 aku istiqamah dalam amalan aku yang tidak seberapa ni


jom sedekah..
aku dah try..
korang bila lagi...




 

Tuesday, May 1, 2012

Kenapa aku?

Acapkali soalan ni berlegar2 di otak aku yg selalu sarat berfikir ni.
"Kenapa aku?"
"Kenapa org lain senang je, tapi aku payahnyer lah?"
"Kenapa bukan aku ek?"
"Kenapa org lain leh dapat, tapi aku tak dapat?"

Huh....ujian2...
Jujur aku cakap....mmg ini yg selalu aku fikirkan bila ada yang aku nak tapi payah sgt nk dpt...xkira lah waktu belajar dulu ke, time nak minta kerja ke or bila dah kahwin ni...
Mmg dah usaha + doa, tapi masih xdapat.
Lebih malang lagi jika lihat orang lain begitu mudah utk dapat..
Frust jgk la kadang2..Huh!!


Hinggalah satu hari, aku pergi dengar ceramah seorang ustaz ni yg leh buatkan aku terfikir sejenak...
"Ya Allah, berdosanyer aku sebab merungut dengan ketentuanMu."
Sungguh, menitis air mata aku bila muhasabah diri pada kesilapanku ini.
Allah, tuhanKu yg Maha Esa & Maha Bijaksana, segala perancangannya telah di atur sebaiknya utk setiap hamba2Nya.
Mungkin pada aku, itu tidak baik.Tapi siapalah aku ni yg lemah lagi hina utk menidakkan ketentuan dari Allah.
Sesuai dengan firmanNya dalam surah Al-Baqarah, ayat 216



 Maksudnya:
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
  





Malunyer aku padaMu, Ya Allah...
Selalu bersangka buruk padaMu..
Merungut..
Selalu kalah dengan ujianMu..
Ampunkan aku Ya, Allah

Wahai diri,
Usah persoalkan mengapa doa belum atau lambat di kabulkan kerana
ada 3 cara Allah memperkenankan doa hamba2nya;

1. bila kita meminta, Allah akan beri sepertimana yang kita hajati.

2. bila kita meminta, Allah tidak memberi apa yang kita minta sebaliknya digantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada apa yang kita minta.

3. bila kita meminta, Allah tidak memberi apa yang kita minta itu di dunia sebaliknya Allah simpan untuk kita di akhirat kelak.


Sebaiknya, bersabarlah atas tiap ujian Allah, redha & tawakal dengan ketentuan Allah & bersyukur dengan segala nikmatnya.

Bila di timba ujian, mari baca & amalkan doa dari Ummu Salamah ni:

إ ِنـّـَا لـِلّـَـهِ وَ إ ِنـّـَـآ إ ِلـَيـْهِ رَاجـِعـُونَ
اللّـَهـُـمّ َأ ْجـُرْنـِى فـِى مـُصـِيـْبـَتـِى وَأ َخـْلـِفْ لـِى خـَيـْرًا مِّنـْهـَــا


Maksudnya:
"Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kita kembali. Ya Allah, berilah aku pahala atas musibahku, dan gantilah untukku dengan yang lebih baik darinya"







Jika dikurniakan nikmat, tak kiralah kecil atau besar, marilah kita panjatkan kesyukuran kita Allah sesuai dengan firman Allah yg berbunyi:

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih."
 - (Surah Ibrahim, ayat 7)-