Monday, October 8, 2012

Selamat Ulang Tahun...

Pejam celik pejam celik....
sedar2 hari ni dah 08.10.2012..
genap 1 tahun usia perkahwinan kami..

Alhamdulillah.....
Banyak suka & duka yg kami lalui sepanjang 1 tahun ni
Banyak pengalaman yang buat aku & En. Suami makin mengenali dengan lebih rapat..
Sangkanyer dulu dah kenal sgt,
rupanyer 7 tahun usia zaman cintan - cinton kami sebenarnyer masih terlalu singkat untuk selami hati & peribadi masing2..

Ada ucapan teristimewa buat En.suami pada hari yang penuh bermakna ni...

Abang...
Terima kasih kerana sudi menjadi seorang suami yang sangat baik untuk sayang... 
Walaupun sayang serba kekurangan, tapi abang masih sudi menerima seadanyer....
Walaupun sayang banyak ragam, tapi abang masih sanggup melayan..

Terima kasih kerana sentiasa sabar & tabah menghadapi dugaan hidup bersama sayang..

Terima kasih kerana menyayangi sayang seikhlas hati abang..

Sayang janji sayang akan jadi isteri yang solehah untuk abang....
yang akan sentiasa menjadi penyejuk mata, penawar hati & penajam fikiran abang...
yang akan cuba menjadi tulang belakang abang, menyokong kuat jatuh bangun abang dalam kehidupan...
yang akan selalu mendoakan kebahagian & kesejahteraan abang dunia & akhirat...

 Kerana sayang sangat2 mencintai & menyayangi abang ikhlas kerana ALLAH..
doa sayang semoga jodoh yang ditentukan oleh Allah ini akan kekal bahagia di dunia & akhirat....
mudah2an perkahwinan kita ini di kurniakan Sakinah, Mawaddah & Rahmah yang berkekalan...
juga zuriat2 yang soleh & solehah yang mampu menjadi aset paling berharga kita untuk dibawa menghadap Allah yang maha Agung...

mohon maaf andai ada silap & khilaf sayang sepanjang bergelar isteri abang...
dan sayang nak abang tahu yang sayang sangat2 bahagia menjadi isteri abang......
terima kasih abang....
i love you so much......


SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA ABANG...
LOVE YOU SO MUCH... 

0 comments:

Post a Comment