Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Sunday, July 15, 2012

tempeyek ibu mertua...

kredit to madam google for this picture..
Siapa tahu apa nama kuih ni? 

Tempeyek / Rempeyek kacang tanah kan......

Haaa....betul lah tu. 

entry kali ini aku nak share resepi mak mertua aku buat tempeyek kacang tanah ni..
(ni resipi untuk 1 bungkus tepung beras tau)
 
Bahan2
1bungkus kacang tanah
2batang serai
1biji telur
1bungkus tepung beras
secubit kapur
2genggam ikan bilis
2biji bawang besar
2biji bawang putih
1 cm kunyit hidup
6 sudu ketumbar
3 sudu jintan manis
1 sudu jintan halus
2 sudu tepung jagung
1/2 santan kotak
garam (3 camca)
1L air
*sedikit serbuk perasa (if nak letak la..cadangan je)

Cara buat

1)Kisar ikan bilis, bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, ketumbar, jintan manis & halus, serai, telur bersama sedikit air sehingga sederhana lumat. (Jangan lumat sgt..nnt tempeyek korang tak nampak rempah2 dia tu..)
2) Kacau rata bahan yang dikisar bersama tepung beras,garam,santan dan kapur. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga dapat kepekatan yang korang rasa sesuai..(Jgn cair sgt, jgn pekat sgt ok!)
3) Panaskan kuali dan acuan tempeyek dengan api yang sederhana
4) Bila minyak dah panas, tuangkan sedikit tepung ke atas acuan & tabur kacang ikut suka korg..(nak banyak boleh, nak letak sikit pun boleh..)
5) Celupkan acuan sedikit demi sedikit ke dalam minyak panas hingga tepung jadi sedikit keras & tercabut sendiri dari acuan
6) Goreng sampai garing, angkat & toskan minyak.
7) Bila dah sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara
8) Ulangi step 4-7sehingga tepung & kacang habis..
*Petua nak bagi kacang tanah tu cam comel je garing & bersalut tepung..after dah toskan kacang tanah, gaulkan sikit dengan adunan tepung tadi & waktu goreng halakan kacang tanah ke bawah, bila kacang dah garing baru terbalikkan sekejap & angkat

kalau nak lagi sedap, boleh tambah hirisan daun limau purut dlm adunan tepung
atau ikan bilis 1 keping tempeyek seekor...hehe


 Selamat mencuba eh korang....
kalau nak try untuk buat kuih raya nnt dipersilakan.....






Wednesday, June 13, 2012

tart buah

Hari ni aku nak share resipi pastri kegemaran aku
Sedap + cantik
that why aku suka makan..hehe
TART buah
gambar ni aku cilok dr blogger, minta izin ye.....gambar yang buat sendiri xsempat nak upload..hehe


Pastri

Bahan-bahan:
 1) 1 buku butter 
2)150 g gula aicing
3) 500 g tepung gandum
4) 1 biji kuning telur
5) Perasa vanilla
6) 1 sudu air sejuk

Cara membuat:

Mula2 gaulkan butter, gula aicing & tepung gandum sampai rata, kemudian masukkan kuning telur, sedikit perasa vanilla & air sejuk. Gaul ratakan sampai tekstur tepung sederhana (tak keras or tak lembut), kemudian masukkan kedalam acuan & dibakar dalam oven pada suhu 150 darjah selama 20 minit.

hasilnya....tadaaaaa



Adunan Krim Kastard (utk filling pastri)

Bahan-bahan:
1) 1 cawan tepung kastard
2) 2 cawan susu cair
3) 2 cawan air
4) 1 cawan gula pasir

Cara membuat:
Larutkan kastard & susu cair, kemudian didihkan air bersama gula. Apabila air sudah mendidih, masukkan larutan kastard tadi & kacau perlahan sehingga pekat & mendidih. Setelah itu krim kastard telah sedia untuk di piping pada pastri.


hasilnya:


Senangkan nak buat dia...hiasan buah tu mengikut kretiviti masing2 la kan...
tapi untuk lebih enak, seeloknya krim kastard tu diisi tak lama sebelum tart buah ni dihidangkan..
 actually pastri tu boleh disiapkan awal & boleh disimpan lama dlm bekas kedap udara..bila nak dihidangkan baru la buat filling dia...and filling dia tu ada pelbagai, boleh letak jem, coklat dan lain2..tapi yang paling aku suka filling krim kastard + buah2 ni la...Nyummy...


ni la hobi baru aku, belajar buat kuih..
since jobless & jadi fulltime housewife ni aku banyak belajar buat kuih & belajar menjahit..
mana lah tahu 1 hari nanti aku leh buka kedai aku sendiri, kalau tak bakery aku bukak butik pun ok..hehe
sekarang ni setakat terima tempahan apam & tempeyek sikit2 tu adalah,
baru belajar2 kan..
 Rezeki itu Allah yang beri tapi kita kena usaha...
Biar sikit tapi ada barakah & hati kita suka nak buat..