Friday, August 31, 2012

Saham pasti kaya..

Entry kali ini aku nak ajak korang melabur dalam 1 saham ini..

Modal rendah

Dijamin bagus, takkan menyesal & tak akan di tipu...

yang paling best......
ada bonus besar & masyukkkkkkkkkkkkk!!!!!!!
terbaikkkkk!!!!!!!! 

ada sesiapa berminat?

sila baca dengan penuh yakin pada apa yang aku nak terangkan ni....
kalau tak, nanti korang jugak yang melepas......
rugi-rugi!!!!


ok...biar aku terangkan 1 per 1 bagi korang semua faham...

syarat yang paling penting untuk SAHAM PASTI KAYA ni adalah ikhlas, sabar, yakin & tawakal..
ada 3 jenis modal yang penting untuk saham ini..
 korang boleh pilih untuk guna 1 atau 2 atau ketiga-tiganyer sekali sebagai modal untuk saham ini.
lagi banyak modal...lagi berpotensi untuk untung besar...

apa modal tu?
modal saham ni ialah:

1) anak yang soleh
2) ilmu yang bermanfaat
3) sedekah jariah

aik? saham ni tak guna duit? cakap boleh kaya tadi...tipu betul la!!! =(

ala...relax la bro...hidup kita ni bukan setakat kat dunia je kita nak kaya..
akhirat pun mesti nak kaya jugakkan...
lagipun kaya tu tak semestinya kaya dengan harta je...
kaya & berbahagia di akhirat tu lagi kekal abadi dari kaya di dunia tau.... 




0 comments:

Post a Comment