Sunday, May 27, 2012

Temuduga lagi..

Temuduga kerja lagi...
kali ni dalam bidang pengajian aku

Bila difikirkan, aku dah rasa give up sangat2 after berpuluh interview yg aku pernah pergi
tapi
langsung tak ada positif result

kecewa sgt2....ok

namun, siapalah aku utk begitu mudah mengaku kalah


Usaha perlu terus, kalau mungkin bukan utk kali yang lepas, mungkin kali ini..Allah saje yang tahu

aku hanya layak usaha + doa + tawakal 

InsyaAllah, pasti ada rezeki utk aku


Kawan2, tolong doakan urusan aku dipermudahkan ye....

Wednesday, May 16, 2012

Selamat hari guru..

`Lilin seorang guru..

16.5.2012
Selamat Hari Guru utk semua guru2 yang pernah mengajar aku
Terima kasih atas jasa kalian yang sgt2 bernilai.

Jika dilihat sekali pandang, pasti akan terlintas dihati kecil kita betapa mudahnya tugas guru
tapi hakikatnya,
ia tidak semudah yang disangka


mengajar dari buta huruf menjadi lancar mengaji & membaca,
mendidik dari tidak tahu kira2 menjadi pintar mencongak angka,
sungguh tugas itu tidak mudah
ia perlukan ketabahan & kesabaran yang tinggi.

Dulu waktu aku sekolah, aku selalu tertanya2 kenapa cikgu perlu tegas & garang
tapi bila aku sendiri berpeluang bergelar guru, baru aku tahu kenapa guru perlu tegas.
Nak didik anak murid jadi pandai itu mudah,
tapi untuk didik anak murid jadi pandai + berakhlak mulia itu payah.
lebih2 lagi di zaman serba canggih ni, tugas guru bertambah2 payah.

Dulu zaman aku sekolah, kalau nakal, cikgu rotan, balik rumah adu kat mak, mak + lagi 1 rotan
Tapi sekarang, kalau anak murid nakal, cikgu rotan, mak ayah murid saman cikgu.
haha..macam2 hal..
manja betul budak2 zaman sekarang, patut la krisis keruntuhan akhlak menjadi2.
cikgu denda bukan sebab dia benci, tapi sebab nak didik jadi manusia yang berakhlak mulia.
Kalau pandai dapat A semua pun, tapi akhlak buruk, tak guna jugak
sebab hidup kita kat dunia ni bukan utk akademik saje tapi perlu selari dengan kehidupan akhirat.


Tak dinafikan jugak ada cikgu yang sgt2 garang & suka menghukum dengan hukuman yang tidak wajar.
Yang ni memang aku sendiri tak sokong.
Sungguh, tindakan ni mmg 100% salah
sebab banyak kesan2 negatif pada murid.

Pengalaman aku sendiri, aku pernah di rotan di kepala gara2 aku berkhayal waktu dalam kelas BI darjah 3.
Sakit & Malu.
Menyebabkan aku trauma & sgt2 takut setiap kali cikgu tu masuk kelas aku,
bukan setakat tu je, aku jadi benci utk belajar BI.
Kesannya, aku jadi lemah BI sampai sekarang.
huh...
Tak salah nak mendenda, tapi biar kena dengan kesalahan & tujuan utk denda.


Tugas guru disekolah memang banyak & peranannya besar,
sungguh!
Jom kita fikirkan sebentar..
Guru akan jadi seorang doktor atau jururawat bila ada anak murid yg sakit atau cedera
Guru akan jadi seorang polis bila ada masalah kecurian dikalangan anak2 murid
Guru akan jadi pereka dalaman setiap kali ada pertandingan keceriaan kelas
Guru akan jadi seorang akauntan bila tiba waktu bayar yuran sekolah atau yuran PIBG
Guru akan jadi jurulatih yang professional setiap kali anak murid terpilih utk menjadi wakil sekolah
Guru akan jadi chef jika ada majlis2 tertentu anjuran sekolah

SEE.....hebatkan seorang guru. 
aku menulis ni berdasarkan pengalaman aku selama menjadi guru sementara.
Mungkin aku ada tersalah pandang, tapi itu lah yang aku dapat catatkan dalam diari aku sebagai seorang guru.

Bukan sesuatu yang mudah utk bergelar guru.
Tidak mampu rasanya utk balas segala jasa & pengorbanan seorang guru.
 Hanya Allah sajalah yang mampu membalas segala jasamu.


Thank You for Everything..

SELAMAT HARI GURU
teristemewa buat cikgu-cikgu yang pernah mengajar diriku daripada aku tidak tahu menjadi tahu..
semoga Allah memberkati hidup kalian...aminn

Tuesday, May 15, 2012

Pemanggang Ikan Ajaib

Suka makan ayam panggang? ikan panggang? 
tapi tercari2 alat memanggang yang sangat2 memudahkan kerja anda?

haaaa....

hari ni aku nak share 1 alat yang sgt2 boleh membantu masalah korang tu iaitu:

PEMANGGANG IKAN AJAIB
Pemanggang Ikan Ajaib

          Kelebihannya:
  • Mudah, ringkas & jimat masa
  • Keenakan makanan tetap terpelihara
  • Tak melekat 
  • Senang dikendalikan
  •  Bukan setakat utk panggang ikan or ayam aje, tapi pelbagai jenis masakan lain boleh dimasak guna pemanggang ni contoh rendang, sambal, murtabak, pizza, bubur nasi, ikan stim dll.
  • 1 buku resipi disediakan
  • ringan & mudah dibawa ke mana2

 
permukaan dalam yang berkualiti
Pemegang bermagnet..boleh tutup dengan kemas

 Memang betul2 praktikal & berbaloi beli.

Harga?

RM129.00 SEUNIT

Harga berpatutan kan utk 1 produk yg betul2 berkualiti.

Jadi pe tunggu lagi..


Jom beli..

Berminat atau ingin membuat tempahan

Sila call or sms 0133789020 atau email dindanur86@gmail.com

Friday, May 11, 2012

Duka & suka buat master

Entry kali ni aku nak bercerita pengalaman duka & suka aku wat master..
Memang dari kecik aku dah simpan angan2 utk memiliki PhD sebelum usia 36 tahun.

Lepas aje tamat degree di UM tahun 2008, aku memang dah sibuk2 cari tempat utk sambung belajar lg.
Kebetulan time tu, BF aku still study kat UPM
dia cadang kan aku utk sambung kat UPM
aku try email lecturer2 UPM bagi resume aku
kebetulan de seorang lecturer tu offer aku 1 tajuk yang menarik & lecturer tu pun sgt bersungguh2.
jadi rasa memang tak teragak2 lagi la nak sambung bawah lecturer tu.

Jadi bermulalah episod aku bergelar seorang pelajar pascasiswazah UPM di bawah seliaan Dr. Razali
Dr. Razali memang seorang yang supervisor yang baik & banyak membantu

Semester pertama aku di UPM, aku tinggal di kolej serumpun.
Jauh dari fak aku, disebabkan aku tak ada kenderan so terpaksalah aku naik bas UPM utk ke fak setiap hari
pagi2 lagi aku dah bersesak2 dengan pelajar undergrad utk ke fak
berebut2 & bertolak2 ok! (can you imagine?)
if xbuat macam tu, aku akan ketinggalan bas & lewat sampai fak.

Sample yang aku guna utk projek aku adalah kenanga.
Daun & bunga kenanga yang hendak di extract perlulah segar, so aku kena petik segar dari pokok & terus di extract utk mendapatkan result yang bagus.
sampel bunga hanya boleh diambil di Taman Universiti
jauh & dengan aku yg xada kenderaan, memang sgt2 payah & bermasalah
naik bas lambat la kan, selalu je sampai lab, bunga kenanga aku dah hampir layu sikit
kecewanyer lah..
nak minta tolong kawan2 lab, diorang pun xde kenderaan
 nak tak nak, aku gagahkan jugak la

Lepas 5 bulan aku di UPM, aku dikejutkan dengan berita Dr. Razali mengalami stroke hingga lumpuh
Disebabkan hal itu, Dr. Razali di tamatkan perkhidmatannya di UPM, jadi aku pun terpaksalah di tukarkan kepada supervisor baru dengan tajuk projek yang baru
Sedih itu dah pasti...sebab projek lama aku dah bermula separuh jalan

Aku fikir, ni mungkin permulaan yang baik utk aku,
tapi malangnya masalah bukan semakin berkurang, tapi bertambah2

Supervisor aku yang baru ni, xsama macam Dr. Razali
Memang dia murah hati & tidak lokek, tapi dia seorang yang sangat2 sibuk
susah sangat nak duduk berbincang dengan dia
jadi terpaksalah aku berdikari sendiri memulakan projek aku yang baru ni
tanpa kemahiran, tanpa panduan & seliaan yang sepatutnya

Hanya air mata jadi peneman sepanjang aku melakukan projek
Payah, susah & mencabar
tapi Allah itu Maha mengetahui,
Dia kurniakan aku sahabat2 yang baik yang mampu bagi aku sokongan & nasihat
menghiburkan hati aku disaat aku tertekan
Juga memiliki seorang BF (suami aku kini) yang sanggup pinjamkan telinga utk dengar semua masalah aku
Berkat sabar, lab work aku habis juga pada penghujung 2010

Menulis thesis jugak adalah 1 cabaran
Bukan semudah yang kita sangka
kena ada kesungguhan & kesabaran yang tinggi utk berjaya menyiapkannya secepat mungkin.
Aku berjaya menghantar full draf thesis aku pada supervisor akhir Januari 2011
Cepatkan aku tulis thesis?
Aku buat sungguh2, tekun & berdikit2 dari awal lagi (b4 labwork aku habis, aku dah siapkan sampai chapter 2)


Malangnyer, draf thesis aku dipandang sepi oleh supervisor hampir 1 tahun gara2 kesibukannya.
Status thesis selalu pending & perlu di remind banyak2 kali,
 Akhirnya berjaya juga aku submit thesis aku pada examiner pada februari 2012.
Now, aku tengah tunggu GSO UPM beri tarikh utk VIVA

Lamakan aku buat master, 4 tahun tu
Entah mana silapnyer pun aku tak tahu
Aku bukan jenis orang yang suka buat benda tak sungguh2, tapi aku dapat supervisor yang tak bersungguh2
Mungkin ni ujian utk aku, aku redha

Jadi pesan aku pada sesiapa yang rasa nak sambung belajar, sila la kenal dulu siapa supervisor anda, & fahamkan betul2 projek anda tu.
sambung belajar itu tak mudah
ada cabaran & tuntut pengorbanan
jadi persiapkan diri anda sebelum melangkah masuk ke episod ini.




Wednesday, May 9, 2012

What you give, You get back..

"Apa yang kamu beri, pasti kamu akan dapat semula"
Biasa la kita dengar org cakap gitu,
dan biasa jugak terjadi pada kita kan.
tak kira benda tu baik, atau pun buruk..

Cuba kita senyum, pasti orang lain akan senyum kat kita semula, betul tak?
Jarang kita jumpa orang yang akan masam mencuka je bila kita senyum kat dia, if de pun tu mesti kes orang tu sombong bodoh or mood dia tengah xok...kn?

Macam kita buat sesuatu benda yang baik, pasti Allah akan balas sesuatu yang baik jugak untuk kita..
kalau bukan hari ini, pasti hari lain..InsyaAllah

Buat benda yang jahat pun sama, sebab dah jadi hukum Allah,
apa yang kita buat akan kita dapat kembali
jika kamu baling najis pada orang lain, pasti najis juga yang akan di lemparkan pada kamu..

kalau kita derhaka pada ibu dan ayah, kelak bila anak kita dah besar, mereka pulak yang akan derhaka pada kita
kalau kita sering menyenangkan orang lain yang dalam kesusahan, pasti akan ada yang akan hulurkan bantuan bila kita pula yang dalam kesusahan.

Jadi, pilihan tu ditangan kita sendiri,
nak benda yang baik, kena la bagi benda yang baik pada orang lain dulu.
tak susahkan nak buat baik?
senyuman tu contoh paling mudah..


tapi mulut yang berkata memang mudah..
nak buat mesti sukar & mencabar.
 hanya 1 rahsia untuk menjayakan misi berbuat baik ni..
nak tahu pe dia?
 hehe...
rahsianyer adalah.....



selalu fikir benda2 yang positive

bisikkan dalam hati
"kalau hari ni aku buat baik, pasti aku akan dibalas dengan benda baik,
tapi...
kalau hari ni aku buat jahat, sudah pasti kejahatan jugak yang aku akan terima..
Allah itu Maha Adil.."

pasti hati kecil kita akan pilih utk buat benda yang baik...

tak percaya?????

cuba la try sendiri...
aku dah try, & teori ni mmg sgt2 berhasil
hati aku jadi tenteram & aman 
sebab aku tahu Allah itu Maha Adil
 "What you give, You get Back"..


Sunday, May 6, 2012

Stay the same..

meh kita hayati lirik lagu ni dulu


mendalamkan maksud lagu ni..
aku suka lagu ni sebab ia sangat memotivasikan aku bila aku rasa down & terasa nak transform jadi orang lain
hehe..

kadang2 kita tak sedar yang kita sebenarnya ada kelebihan kita sendiri
di sebabkan sikap kita yang selalu memandang orang lain dengan kaca mata fizikal je

 "selalu fikir negative pasal diri sendiri, kurang keyakinan diri & suka berada di zon selesa"
itu yang kita selalu buat & fikirkan
takut sangat nak berubah kan
takut apa nanti orang cakap if tak berjaya

sebenarnya kuasa fikiran kita sangat beso
sgt2 la powerful
betul!
kita bertindak ikut apa yang kita fikirkan

macam orang nak jaringkan gol, if dia ragu2, mesti bola tak akan masuk dalam gol
tak caya, cuba try..hehe

takut, ragu2, tak percaya pada diri sendiri, fikiran negative
tu semua musuh yang ada dalam diri kita sendiri

nak berjaya, kita kena percaya pada diri sendiri 100%
tak mudah putus asa

memang betul, nak berjaya tu memang sukar
nak capai sesuatu yang berharga & bernilai,pasti ada banyak halangan dan dugaan
tapi kena la ada kesabaran & pengorbanan
sebab tu kan resipi kejayaan
jarang ada orang berjaya tanpa guna formula 
Usaha + Pengorbanan +Doa + Tawakal = Berjaya
if ada pun, itu mesti kes kebetulan


meh aku nak bagi analogi aku sendiri
Dalam hidup ni, kita umpama menaiki anak tangga
untuk sampai kemuncak, kita perlu naik 1 mata ke 1 mata 
tapi lain orang, lain cara dia naik tangga
betul tak?
  • de yang dah naik tangga A separuh jalan, tetiba nampak pula orang lain naik tangga B lagi laju, terasa nak tukar tangga B pulak lah, itu iri hati namanyer..tak pandai bersyukur.
  • de yang suka naik tangga, tapi tak pijak anak tangga dengan betul, terus lompat ke anak tangga yang lain...itu sikap orang yang rakus & tak bersungguh-sungguh...ini lah masanya kita terlekat pada mata itu je
  • de jugak yang tak larat naik tangga, lompat saja lah, untung2 sampai puncak, kalau tak, jatuh ke bawah lah...itu sikap orang yang berserah & putus asa
anak tangga itu umpama tahap atau level2 tertentu dalam hidup kita
jika level bawah tak ok, camne kita nak sampai level atas betul tak?
so, nak sampai kemuncak, kena la kita perbaiki satu persatu level yang kita lalui
if kita masih melekat di level yang tertentu dalam kehidupan,
kena muhasabah balik,
"apa yang belum kita perbaiki dalam level ni?"


Ingat, setiap insan itu unik.
Ada kelebihan & kekurangan masing2.
Untuk berjaya, petuanya tak perlu jadi orang lain,
cuma pertingkatkan kelebihan diri & perbaiki kelemahan diri.
 
 
Chaiyok2!!!!
 
 


Thursday, May 3, 2012

Nikmat memberi..

If guna logik akal, jika kita ada RM20, bila beri pada orang lain RM10, kita hanya tinggal RM10 je lagi.
betul tak?
tapi bila kita lihat guna perhitungan Allah yang Maha Adil,
jika kita beri RM10,
Allah gandakan jadi RM100
subhanallah..
hebatkan
bukan itu je, saham akhirat kita juga bertambah.

sebab pe?
sebab jika 1 kebaikan yang kita beri, Allah akan ganti dengan 10 kebaikan.



dashyatkan kelebihan memberi.

dulu, aku pun memang susah nak memberi.
serius!
sebab aku asyik fikir ikut perkiraan manusia.
takut duit aku akan habis
aku lupa Allah itu adalah Maha pemberi rezeki

tapi,
setelah aku tersedar akan nikmat memberi
terasa sgt2 ruginyer diri aku ni
sungguh!

Allah perluaskan rezeki kita jika kita murah hati utk memberi & menginfakkan harta ke jalan Allah.



nak bersedekah tapi tak de duit?


tak jadi hal lah..
memberi & bersedekah ni bukan dengan wang ringgit je tau.
tapi dengan bermacam2 bentuk pemberian
yang penting ia ikhlas datang dari hati

contoh?

senyum
bersihkan kawasan surau Or tempat majlis ilmu
alihkan rintangan yang mengganggu lalulintas orang lain
tolong orang
& banyak lagi lah..
semua amalan tu dianggap sedekah & saham kita di akhirat nanti



Ha, itu lah nikmat memberi yang aku rasa, semakin bersedekah, semakin rezeki tu datang melimpa-limpah
syukur ya Allah, Alhamdulillah
moga2 aku istiqamah dalam amalan aku yang tidak seberapa ni


jom sedekah..
aku dah try..
korang bila lagi...




 

Tuesday, May 1, 2012

Kenapa aku?

Acapkali soalan ni berlegar2 di otak aku yg selalu sarat berfikir ni.
"Kenapa aku?"
"Kenapa org lain senang je, tapi aku payahnyer lah?"
"Kenapa bukan aku ek?"
"Kenapa org lain leh dapat, tapi aku tak dapat?"

Huh....ujian2...
Jujur aku cakap....mmg ini yg selalu aku fikirkan bila ada yang aku nak tapi payah sgt nk dpt...xkira lah waktu belajar dulu ke, time nak minta kerja ke or bila dah kahwin ni...
Mmg dah usaha + doa, tapi masih xdapat.
Lebih malang lagi jika lihat orang lain begitu mudah utk dapat..
Frust jgk la kadang2..Huh!!


Hinggalah satu hari, aku pergi dengar ceramah seorang ustaz ni yg leh buatkan aku terfikir sejenak...
"Ya Allah, berdosanyer aku sebab merungut dengan ketentuanMu."
Sungguh, menitis air mata aku bila muhasabah diri pada kesilapanku ini.
Allah, tuhanKu yg Maha Esa & Maha Bijaksana, segala perancangannya telah di atur sebaiknya utk setiap hamba2Nya.
Mungkin pada aku, itu tidak baik.Tapi siapalah aku ni yg lemah lagi hina utk menidakkan ketentuan dari Allah.
Sesuai dengan firmanNya dalam surah Al-Baqarah, ayat 216



 Maksudnya:
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan), sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
  





Malunyer aku padaMu, Ya Allah...
Selalu bersangka buruk padaMu..
Merungut..
Selalu kalah dengan ujianMu..
Ampunkan aku Ya, Allah

Wahai diri,
Usah persoalkan mengapa doa belum atau lambat di kabulkan kerana
ada 3 cara Allah memperkenankan doa hamba2nya;

1. bila kita meminta, Allah akan beri sepertimana yang kita hajati.

2. bila kita meminta, Allah tidak memberi apa yang kita minta sebaliknya digantikan dengan sesuatu yang jauh lebih baik daripada apa yang kita minta.

3. bila kita meminta, Allah tidak memberi apa yang kita minta itu di dunia sebaliknya Allah simpan untuk kita di akhirat kelak.


Sebaiknya, bersabarlah atas tiap ujian Allah, redha & tawakal dengan ketentuan Allah & bersyukur dengan segala nikmatnya.

Bila di timba ujian, mari baca & amalkan doa dari Ummu Salamah ni:

إ ِنـّـَا لـِلّـَـهِ وَ إ ِنـّـَـآ إ ِلـَيـْهِ رَاجـِعـُونَ
اللّـَهـُـمّ َأ ْجـُرْنـِى فـِى مـُصـِيـْبـَتـِى وَأ َخـْلـِفْ لـِى خـَيـْرًا مِّنـْهـَــا


Maksudnya:
"Sesungguhnya kita adalah kepunyaan Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kita kembali. Ya Allah, berilah aku pahala atas musibahku, dan gantilah untukku dengan yang lebih baik darinya"







Jika dikurniakan nikmat, tak kiralah kecil atau besar, marilah kita panjatkan kesyukuran kita Allah sesuai dengan firman Allah yg berbunyi:

"Jika kamu bersyukur maka Aku (Tuhan) akan menambah (nikmat) itu kepada kamu. Dan jika kamu engkar maka sesungguhnya seksa Aku amat pedih."
 - (Surah Ibrahim, ayat 7)-