Monday, July 30, 2012

Ramadhan....bukan pesta pertandingan makanan!!!

Siapa yang tak tahu atau tak pernah pergi bazar Ramadhan?
sila angkat tangan!!!!
kalau ada orang yg macam ni memang aku sgt2 kagum....

Bazar Ramadhan memang sangat2 famous di kalangan rakyat Malaysia, tak kira di bandar atau pun di kampung.
pelbagai juadah makanan semua ada di bazar ramadhan
pelbagai jenis air. kuih, nasi, lauk semuanyer menarik hati pelanggan nak beli...

kuih-muih

air pelbagai warna

memang banyak dugaan perasaan bila berada di bazar ramadhan..
lebih2 lagi bila perut terasa lapar minta diisi, nafsu semakin menjadi2
semua makanan nampak sedap..
& akhirnya membeli dengan banyak tanpa sedar...

Ha....kan dah membazir kalau ada makanan yg dibeli tu tak habis....
waktu berbuka pulak, kalau makan terlalu ikut nafsu, dah pasti malas untuk melakukan ibadah lain seperti tarawih..
alahai...ruginyer.....

meh kita nilai video ni!!!
Seeloknya, biarlah kita jadi seperti kartun yg kuning..makan sekadarnya sewaktu berbuka 
supaya badan kita masih bertenaga untuk melakukan ibadah lain..
Bukan seperti kartun merah..
makan macam 1 tahun tak pernah makan..
makan sampai perut kembung, kenyang & berat nak gerak...
akhirnya ibadah wajib pun tak mampu nak lakukan 
gara2 kekenyangan....
rugilah orang seperti ini, sebab puasanyer hanya sekadar menahan lapar & dahaga sahaja..
hehe...sekadar renungan bersama..
semoga Ramadhan kita kali ini menjadi Ramadhan yang lebih baik dari Ramadhan yang terdahulu...
InsyaAllah.....

Thursday, July 19, 2012

Ujian hidup

Hidup di dunia memang tak akan pernah sunyi dari ujian,
susah, senang, suka & duka..
semua untuk uji tahap iman & sabar kita sebagai hamba Allah

Dan beruntunglah bagi orang2 yang sabar..
kerana janji Allah, syurga itu adalah ganjarannya di akhirat nanti
aminnnnn.....

Firman Allah dalam surah Al-Rad ayat 22-24

وَٱلَّذِينَ صَبَرُواْ ٱبۡتِغَآءَ وَجۡهِ رَبِّہِمۡ وَأَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنفَقُواْ مِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ سِرًّ۬ا وَعَلَانِيَةً۬ وَيَدۡرَءُونَ بِٱلۡحَسَنَةِ ٱلسَّيِّئَةَ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمۡ عُقۡبَى ٱلدَّارِ (٢٢) جَنَّـٰتُ عَدۡنٍ۬ يَدۡخُلُونَہَا وَمَن صَلَحَ مِنۡ ءَابَآٮِٕہِمۡ وَأَزۡوَٲجِهِمۡ وَذُرِّيَّـٰتِہِمۡ‌ۖ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ يَدۡخُلُونَ عَلَيۡہِم مِّن كُلِّ بَابٍ۬ (٢٣) سَلَـٰمٌ عَلَيۡكُم بِمَا صَبَرۡتُمۡ‌ۚ فَنِعۡمَ عُقۡبَى ٱلدَّارِ (٢٤) 

Maksudnya:

Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; (22)
 Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (23)
 (Memberi hormat dengan berkata): Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu. (24) 


Jom dengar dan hayati lirik nasyid ni......
semoga kita akan sentiasa terus sabar menghadapi ujian-ujian hidup..

Monday, July 16, 2012

Jangan putus asa...

Ujian datang bertubi - tubi..
Kadang - kadang rasa sangat2 lemah nak lawan hingga terasa nak putus asa je..
Air mata tak yah cerita lah...mengalir laju sampai tak mampu nak tahan..
Lebih payah bila...tak ada seorang pun yg mampu faham masalah ni..
Pada sape nak mengadu ni????????

saat -saat lemah macam ni, dah pasti syaitan mudah untuk bisik sesuatu yg jahat & salah je...
jika tak ada iman, pasti akan mudah kalah......

sebaiknya...janganlah bersedih...


Adukan setiap masalah itu pada Allah dalam solat, sujud & doa...
Pasti hati akan jadi tenang..


Dan Allah telah berfirman dalam surah Insyirah..

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
أَلَمۡ نَشۡرَحۡ لَكَ صَدۡرَكَ (١) وَوَضَعۡنَا عَنكَ وِزۡرَكَ (٢) ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهۡرَكَ (٣) وَرَفَعۡنَا لَكَ ذِكۡرَكَ (٤) فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا (٥) إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا (٦) فَإِذَا فَرَغۡتَ فَٱنصَبۡ (٧) وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرۡغَب (٨) 
Maksudnya
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk) (1) 
 Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2)
 Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya) (3) 
 Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (4)  
Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5)
 (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6)  
Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7)  
Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). / (8)
  

Janganlah sesekali berputus asa...
kerana janji Allah, setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan
Jangan berhenti berharap,
Berusahalah bersungguh-sungguh, doa & bertawakal pada Allah..
Kerana Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik utuk hambaNya..






Sunday, July 15, 2012

tempeyek ibu mertua...

kredit to madam google for this picture..
Siapa tahu apa nama kuih ni? 

Tempeyek / Rempeyek kacang tanah kan......

Haaa....betul lah tu. 

entry kali ini aku nak share resepi mak mertua aku buat tempeyek kacang tanah ni..
(ni resipi untuk 1 bungkus tepung beras tau)
 
Bahan2
1bungkus kacang tanah
2batang serai
1biji telur
1bungkus tepung beras
secubit kapur
2genggam ikan bilis
2biji bawang besar
2biji bawang putih
1 cm kunyit hidup
6 sudu ketumbar
3 sudu jintan manis
1 sudu jintan halus
2 sudu tepung jagung
1/2 santan kotak
garam (3 camca)
1L air
*sedikit serbuk perasa (if nak letak la..cadangan je)

Cara buat

1)Kisar ikan bilis, bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, ketumbar, jintan manis & halus, serai, telur bersama sedikit air sehingga sederhana lumat. (Jangan lumat sgt..nnt tempeyek korang tak nampak rempah2 dia tu..)
2) Kacau rata bahan yang dikisar bersama tepung beras,garam,santan dan kapur. Tambahkan air sedikit demi sedikit sehingga dapat kepekatan yang korang rasa sesuai..(Jgn cair sgt, jgn pekat sgt ok!)
3) Panaskan kuali dan acuan tempeyek dengan api yang sederhana
4) Bila minyak dah panas, tuangkan sedikit tepung ke atas acuan & tabur kacang ikut suka korg..(nak banyak boleh, nak letak sikit pun boleh..)
5) Celupkan acuan sedikit demi sedikit ke dalam minyak panas hingga tepung jadi sedikit keras & tercabut sendiri dari acuan
6) Goreng sampai garing, angkat & toskan minyak.
7) Bila dah sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara
8) Ulangi step 4-7sehingga tepung & kacang habis..
*Petua nak bagi kacang tanah tu cam comel je garing & bersalut tepung..after dah toskan kacang tanah, gaulkan sikit dengan adunan tepung tadi & waktu goreng halakan kacang tanah ke bawah, bila kacang dah garing baru terbalikkan sekejap & angkat

kalau nak lagi sedap, boleh tambah hirisan daun limau purut dlm adunan tepung
atau ikan bilis 1 keping tempeyek seekor...hehe


 Selamat mencuba eh korang....
kalau nak try untuk buat kuih raya nnt dipersilakan.....






Monday, July 9, 2012

Hidup Umpama Roda


Kitar hidup kita ni memang macam roda
Hari ni  kita di atas, nanti kita pasti di bawah..
Hari ni kita di sanjung & di hormati, nanti mungkin di keji..
Hari ini kita hidup bermewah-mewah, boleh jadi nanti kita hidup melarat...

Semuanya dalam aturan yang ditetapkan Allah..
Jadi, untuk apa perlu kita berasa takbur, riak & sombong!!!!

Kita selalu bangga ada rumah besar, kereta mewah, pangkat besar & mampu miliki barang2 yang mahal..
tapi kita selalu lupa semua itu hanya pinjaman sementara dari Allah..
seandainya Allah nak tarik semula nikmatNya, sekelip mata pasti terjadi..
seharusnya kita perlu sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang Allah beri & berusaha bersungguh2 menjadi seorang mukmin yang soleh..
Syarat untuk jadi mukmin yang soleh:
1) Takut kepada Allah lebih dari segala yang ada di dunia ini...
bukan takut pada hantu, takut pada bencana alam atau takut pada polis!!!!
2)Tawakal pada Allah
sentiasa bertawakal pada Allah dalam segala-gala hal
usah takut miskin bila bersedekah kerana Allah itu Maha Pemberi Rezeki..
usah takut bercakap benar menegakkan sesuatu yang hak kerana Allah itu Maha Mengetahui...
usah takut mencegah kemungkaran kerana Allah itu sentiasa ada bersama kita..
3) Dirikan solat
Sungguh, solat itu tiang agama & amalan pertama yang akan disoal di akhirat kelak adalah solat..
Cuba tanya pada hati kita, adakah solat kita sudah cukup sempurna?
Jika jawapannya masih belum.....sila2 lah berusaha untuk perbaikinya..
masih belum terlambat untuk kita belajar perbaiki solat kita..
bacaannya, penghayatannya & perlaksanaannya..

 4) Infakkan harta ke jalan Allah
Mari kita belanjakan harta kita ke jalan Allah...
Allah itu maha pemurah, 
Allah akan melipat gandakan setiap apa yang kita belanjakan ikhlas kerana Allah..itu pasti!
Mari kita amalkan 4 syarat di atas....
mudah2an hidup kita akan beroleh kebahagiaan di dunia & di akhirat..aminnn
hakikatnya, hidup itu ibarat roda....
jika kita di bawah..
mudah2an hati kita sentiasa sabar & tenang menghadapi perit getir kehidupan..
jika kita di atas...
mudah2an hati kita akan sentiasa bersyukur dengan nikmatnya & tidak sombong & kedekut menghulur bantuan pada mereka yang di bawah...

sungguh...
hidup ini sentiasa indah jika hati sentiasa cinta kepada Allah..

Saturday, July 7, 2012

Kalau aku ada rumah sendiri


Tajuk entry kali ni macam tajuk karangan budak2 sekolah la  pulak?

tp tak apa lah..

sesekali bercerita pasal angan2 ok jugak ek..
boleh jugak kembangkan kemahiran berimaginasi kita kn..

Bak kata pepatah: 
Always aim for the moon, even if you miss, you'll land among the stars...(de kaitan ke?..layankan aje lah..hehe)


 Kalau aku ada rumah sendiri..

Ada rumah sendiri adalah impian aku sejak dari dulu lagi..Tapi sehingga sekarang masih tak mampu capai sebab kewangan masih tidak stabil..huhu.

Rumah impian aku tidaklah seharusnya besar macam mahligai, cukuplah ia sekadar mampu jadi tempat kami sekeluarga berteduh, berlindung, menenangkan & mendamaikan..

Aku adalah antara peminat setia rancangan deko & hiasan rumah, suka membaca majalah anjung seri &suka window shopping ke kedai hiasan dalaman rumah..
entah kenapa, aku memang berminat untuk tahu perkara2 ni, & selalu memasang angan2 untuk hias rumah sendiri suatu hari nanti..aminn..

Aku suka sesuatu yang nampak simple & modern 

Meh nak share contoh deko yg aku suka..
sambil berangan2 ini akan jadi realiti 1 hari nnt..hehe
my romantic living room..(untuk raikan tetamu)
my calm family area...(utk aku, suami & anak2 bersantai2)


My very clean dining room (utk menjamu selera)
My hot kitchen (utk aku masak2..oh indahnyer)
My antique bedroom (utk kami beradu)


Hahaha....jauhnyer dah aku berangan ni...harus kembali berpijak di bumi nyata..
Biarpun agak susah untuk realisasikan impian aku ni, tapi sekurang2nyer aku mungkin buat yang terhampir seperti ini..hehe


jom...mari bekerja kuat & menabung mulai dari hari ni supaya apa yang diimpikan mampu jadi realiti yang sangat2 indah..aminnn

p/s: samsung galaxy sIII murah...klik sini

Friday, July 6, 2012

Doa si kucing jalanan

Maha Suci Allah....comelnyer  makhluk Allah yang bernama kucing ni kan..

Sungguh, kadang2 telatah mereka sangat2 menghiburkan hati..

Bagi pencinta kucing, kadang2 ribuan ringgit sanggup dibelanjakan untuk seekor kucing kesayangannya..
Bagi mereka, ini sangat berbaloi kerana sifat kucing yang manja & penuh kasih sayang memang sangat2 mententeramkan hati..

meow2 dlm mug

Tido...
Tapi...seperti manusia, nasib kucing juga ada yang baik & ada yang kurang bernasib baik...

Bagi kucing - kucing jalanan..hidup mereka memang sangat susah..
Terpaksa meminta2 untuk sedikit makanan..
Terpaksa mencuri kadang2...

Ada juga yang kena sepak & terajang..
mati di langgar kereta
mati di pijak...
dan macam2 lagi..

kadang2 ia sangat menyedihkan...


Jadi, sebagai manusia yang perihatin..
janganlah kita berlaku zalim kepada makhluk Allah yang lemah ini..

Jangan kedekut untuk menghulurkan sedikit makanan walaupun kadang2 ia adalah sisa lebihan makanan kita..

Sungguh, walaupun amalan ini nampak kecil tapi ganjaran di sisi Allah sangat besar..
dan doa - doa dari makhluk Allah ini juga sangat mustajab...

Jom kita rajin2 bagi makan pada kucing terbiar ni...
& jangan lupa sambil hulur makanan tu cakaplah pada kucing "tolong doakan aku ye.."
walaupun mereka tak menjawap, hakikatnyer mereka sangat memahami apa yang kita dituturkan..
Mudah2an berkat doa dari makhluk Allah yang kerdil ini, kita mendapat ketenangan hidup di dunia & akhirat..
InsyaAllah...aminnn

Wednesday, July 4, 2012

nisfu sya'ban

Salam Nisfu Sya'ban semua...
Semoga buku amalan kita pada tahun lepas tercatat amalan-amalan kebajikan yang ikhlas & mendapat keberkatan dari Allah.
Dan mudah-mudahan buku amalan baru untuk tahun ini akan tercatat amalan-amalan yang lebih baik..InsyaAllah..



Sungguh..begitu banyak fadhilat pada malam nisfu syaban ni..

Jadi, jom kita ramai2 bangun qiamullai malam ni..
lakukan solat tahajut, solat2 sunat, perbanyakkan zikir & mengaji Al-Quran
mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dari Allah, mendapat keampunan Allah, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dlm iman dan mendapat ketenangan hati...

Esok siang pulak...jom kita berpuasa sunat...

Jom..jom...jom...
meh kita rebut peluang keemasan ini..


Sehari di Universal Studio Singapore..

Hadiah birthday yang istimewa dari En.Suami tercinta untuk birthday aku tahun ni ialah jenjalan di Universal Studio Singapore..
Hati mmg sgt berbunga2 la kan bile dapat tahu dia dah beli 2 pakej ke USS..
Walaupun Singapore ni sekangkang kera je dari Pasir Gudang, tapi aku belum lagi pernah jejak kaki ke USS ni..
mmg dah lama dah duk pujuk En.Suami ke USS & finally ia jadi kenyataan...

Meh nak share pengalaman gumbira aku di USS..


Tune Hotel Danga Bay
Awal2 pagi, pukul 6.15 lagi kami dah gerak dari rumah ke Tune Hotel, Danga Bay. Pukul 7.15 pagi, naik van persiaran ke USS. Van persiaran ni ok la, selesa. Pagi2 jalan ke singapore mmg sibuk & jem. Ambik masa 2 jam jugak la nak sampai ke USS, termasuk 2 kali kena turun jalan kaki & beratur check passport.

Sampai USS, posing2  kat luar je la dulu coz xleh masuk lagi. USS buka pukul 10 pagi.

berjaya jugak smpai USS...
see...ramai gile org duk beratur tunggu USS buka..
Snap dari jauh je pic Kungfu Panda ni coz dia dah kena kerumun ngan budak2..
Masuk je dlm USS, kami cari peta USS dulu. Wajib kot coz senang nk atur plan..haha..skema tak? Pastu gi cari toilet, selesa kan pe yang patut, then baru la start pengembaraan..eceh2..hehe.

First yg kami try "Light, Camera, Action!"
Ok la...effect dia mengkagumkan..terasa kot bahang panas bila ada adegan kebakaran tu...macam real je..

Gerak ke Sci Fi City..
Kami try "Transformer 3D"
Yang ni memang besh gile...serius, macam real je rasa duk lawan2 ngan robot2 ni...
tapi kalau de orang yg cepat muntah, jgn la main..mmg mual..hehe

ada sikit2 rasa mual pas try transformer 3D...so kena rehat jap..hehe


Battlestar Galactica Cylon & Human...tengok track je aku dah rasa cam nak muntah, ni belum try lagi ni....
untuk elakkan mabuk, terpaksa la biarkan En.suami je try berkali2 benda ni..aku duk kat bawah jaga beg sudah...haha..

Accelerator....xmo try lah..sebab dia pusing2..nnt kepala aku pun pusing2 sama..hehe

Then, teruskan ke Ancient Egypt...
kali ni aku nak try jgk main roller coaster..Revenge of the Mummy ni roller coaster dlm gelap..
first2 aku assume, mesti tak cuak sgt..tapi bila dah try...ohhhooooo...mmg dasyat...nak gugur rasa jantung aku..haha..pa pe pun...mmg wajib try yg ni...hehe

sila abaikan betis2 di belakang tu ye...hehe

Treasure Hunters ni ok la...pusing2 tengok pemandangan.

Kat lost world sudah...banyak jugak attractions kat sini..
kami try jurassic park rapids adventure (basah sikit la...tapi besh), canopy flyer & dino-soarin. (walaupun cam utk game kanak2, tapi it fun)..hehe

posing dlm telur dinasor...
Pukul 12.30 de show kat water world..
show ni pun best..macam lakonan teater tp sound effect dia & action dia besh la..
cuma sape2 yang duduk kat soak & splash area mmg basah..

mamat yg pakai topi & the geng la yg duk simbah2 air before show bermula...cian, de yg basah kuyup kne simbah ngan sebaldi air..haha
abis show, kami cari port baik utk makan..aku bawak bekal sandwich je senang..tak susah2 nak ragu2 halal ke tak kan..& boleh jimat..hehe
pastu solat zuhur kat prayer room berdekatan dengan Ancient Egypt.

After solat baru sambung main kat Far Far Away..


Layan Shrek 4-D Adventure ni mmg besh...kelakar je..
Donkey LIVE tu biasa2 je..tak try pun xpe sbb agak bosan sikit...
Enchanted Airways ni best...Junior roller coaster je..xde la nak rasa gugur jantung sgt walaupun pd aku de sikit2 rasa cuak..hehe..

Madagascar punyer attraction pun besh..
wajib try "madagascar: a crate adventure"..

tapi king julien's beach party go round ni je la yg En.suami xmo join aku main..so terpaksa la aku beratur sorg2..
nampak cam kanak2 je main, tp seronok pe..layan aje...

pillow ni sgt2 cute...i like..

Longlai kaki bila habis round USS..sampai kat Hollywood, lepak2 jap kedai2 jual souvenir..terbeli jugak la 3 jenis souvenirs

sempat jugak la kami masuk muzium bertentangan dengan pintu masuk USS ni..

memang penat seharian pusing2 USS ni..dtg hari weekdays mmg puas main sebab org xramai sgt..& beratur tak panjang..paling lama pun tunggu dalam 1o minit gitu..

banyak game yg boleh ulang 2 ke 3 kali main..
 memang sgt2 puas main & bergambar..
 dari pukul 10 sampai pukul 7 malam..
bye2 USS...klau de rezeki nnt kami dtg lg bawak anak2 pulak..hehe

 Pengalaman 1 hari di USS mmg awesome..walaupun penat..
nasihat aku la, benda paling penting yg kena pastikan sebelum ke USS adalah keselesaan diri..
contoh: kasut or sandle wajib sgt2 selesa..klau tak, kaki mesti melecet sbb banyak sgt jalan..
pakai baju yg sesuai & tutup aurat...cuaca time aku gi ni agak panas sikit..

dari segi makanan, ada terdapat kedai yang jual makanan halal..tp if nk jimat & tak mahu ragu2..sila bawak bekal sendiri..itu lagi baik aku rasa..hehe
air minum tu xyah risau..bawak air mineral kecik pun dah cukup coz kat sini water cooler ada kat merata tempat..


kesimpulannyer...USS mmg besh..special thanks to my beloved hubby coz dah tunaikan permintaan syg utk ke USS..

next honeymoon destination kat mane eh?hehe....