Monday, October 22, 2012

Sekecil gelas atau seluas tasik????

Entry kali ni aku nak share 1 cerita teladan...
(minta izin share duhai blogger Anim)
sape nak dengar? 
cer angkat tangan....


ceritanyer gini....
Pada Zaman Dahulu......(ala2 citer kartun kat tv Al-Hijrah tu..)

Seorang guru sufi bertanya kepada seorang muridnya yang sejak kebelakangan ini murung dan sedih. "Kenapa kamu sentiasa murung dan sedih. Bukankan banyak hal yang indah di dunia ini? Ke mana perginya wajah bersyukurmu?" si guru bertanya.

"Tuan, kebelakangan ini hidup saya penuh dengan masalah. Sukar bagi saya untuk tersenyum. Masalah datang seperti tiada akhirnya" jawab si murid muda itu.

Si guru tersenyum. "Ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah ke mari. Biar ku perbaiki keadaan hatimu itu".
"Ambil segenggam garam dan masukkan ke dalam segelas air itu. Setelah itu, cuba kau minum airnya sedikit," kata si guru

Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini berkerut kerana minum air yang sangat masin.

"Bagaimana rasanya?" tanya si guru.

"Masin dan perutku menjadi mual," jawab si murid dengan wajah yang masih berkerut.

Si guru tersenyum sekali lagi apabila melihat wajah muridnya yang berkerut kemasinan.

"Sekarang kau ikut aku". Si guru membawa muridnya ke sebuah tasik berhampiran tempat mereka. "Ambil garam yang segenggam lagi itu dan taburkan ke tasik".

Si murid menaburkan segenggam garam yang berbaki itu ke tasik tanpa bersuara. Rasa masin mulutnya belum hilang. Ingin rasanya diludahkan sahaja rasa masin dari mulutnya tetapi tidak dilakukannya. Rasa kurang sopan meludah di hadapan gurunya itu.

"Sekarang cuba kau minum air tasik itu," kata si guru. Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air tasik itu, mengambil air tasik dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air tasik yang dingin dan segar mengalir ditekaknya, si guru bertanya, "Bagaimana rasanya, nak?"

"Segar...segar sekali tuan,"kata si murid mengelap bibirnya dengan tangan. Tentu sahaja tasik itu berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah . Dan sudah pasti air tasik itu juga menghilangkan rasa masin yang tersisa dimulutnya.

"Masih adakah rasa garam yang kau taburkan tadi?" tanya si guru.

"Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Si guru hanya tersenyum memerhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air tasik tersebut sepuas-puasnya.

"Nak" kata si guru setelah muridnya selesai minum. "Segala masalah dalam hidup ini seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam.
"Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang hidupmu sudah ditakdirkan Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap begitu, tidak berkurang, tidak bertambah"
"Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi , yang bebas dari penderitaan dan masalah"

Si murid terdiam mendengar kata-kata gurunya itu.

"Tetapi nak, rasa "masin" dari penderitaan yang dialami itu sangat bergantung dari besarnya "kalbu" (jiwa) yang menampungnya.  Jadi nak, supaya tidak terus menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikanlah kalbu dalam dadamu itu sebesar tasik" ujar si guru lagi.

Moral of the story????

Hati, 
sila berhenti jadi gelas
yg ada ruang sangat kecil utk simpan masalah


sebaliknya...
jadilah tasik yang terbentang luas..
punya ruang yang besar untuk melarutkan masalah..


hati yg 'besar' selalunya akan lebih tabah & sabar hadapi setiap masalah hidup..

hidup akan sentiasa ceria walaupun masalah datang menguji...

Sunday, October 21, 2012

Bon-Adori

First time gi festiva Jepun-Malaysia (Bon-Adori)
anjuran company2 jepun di JB
besh2...
banyak barang2, culture & makanan jepun de jual kat sini..


dapat free kipas tu....

xbeli pa pe pun...

juz redeem baucer RM 20 yg company bg je...
tu pun redeem mknn yg de tanda halal je..

bnyk lg jenis2 mknn jepun, tp dragui status halal dia,
so nk elak was-was kitorg beli je la mknn jepun yg de logo halal..

after penat pusing2 festival, kitorg pun gerak gi pusat boling..
main bowling ngan partner2 bisnes....
Terbaiklah.......
relax2 malam minggu sambil2 jana income...
picture?
(xsempat nak snap gambar sbb juru photo aku a.k.a En.suami tengah busy sembang pasal bisnes time tu)huhu.






Saturday, October 13, 2012

Peluang untuk berjaya dan merubah kehidupan

Bila lihat orang yang berjaya, yang cemerlang, yang maju, yang sukses...
kita nampak macam mudah je kan diorang tu cipta kejayaan tu..
tapi realitinya 
diorang semua tu perlu mengharungi seribu satu dugaan untuk sampai puncak kejayaan.

Tipu lah kalau orang cakap dia berjaya dengan sekelip mata..
tak ada susah payah 
tak ada usaha
tak kesah lah dia berjaya kat sekolah ke, universiti ke, bisnes ke, kerjaya ke...
kecuali diorang lahir je kat dunia ni mak ayah dia dah memang jutawan ataupun hartawan
tapi tu dikira berjaya ke? 
bukan gelaran dia sebagai anak orang kaya je ke?
tak semestinya dia boleh berjaya dalam pelajaran jugakkan if dia tak berusaha..
so nak berjaya formulanya
 usaha + pengorbanan + doa + tawakal = KEJAYAAN


 Dan lagi,
untuk berjaya kita perlu berani gagal

kenapa ek? macam pelik je bunyi dia!!!????

sebab dengan kegagalan atau kesilapan,
 kita sebenarnya sedang 'belajar' sesuatu dari pengalaman tu..

bak kata Elbert  Einstein, 


 jangan takut untuk buat salah atau gagal..

Diri sendiri yang perlu berani dan yakin buat pilihan
kita yang tentukan nak pilih jalan mana untuk kita tuju dalam hidup



 terserah lah nak pilih yang mana..

peluang untuk berjaya dan gagal selalunya terbuka di depan mata..



so pesanan aku untuk entry kali ni:

mari beranikan diri untuk 
'rebut peluang', 'cuba sesuatu yang baru', 'usaha dengan gigih',  'berani untuk gagal'
InsyaAllah....
kejayaan pasti milik kita suatu hari nanti.....


macam pengalaman aku dan En. Suami (kisah benar)
kitorg ni bukan la orang yg jenis biz minded pun..
tapi bila tengok 1 peluang biz baru ni yang memang sgt menarik
 hanya perlu ada ilmu dan kena bagi sikit komitmen
kitorg terus je bersetuju untuk buat biz ni tanpa teragak-agak2..

now kitorg dah 3minggu join biz ni..
masih baru bertatih tapi perkembangan biz sgt cepat & positive
En.suami sgt bersungguh bagi 100% komitmen utk biz ni..
mana taknyer...
mentor yang introduce biz ni pada kami dah berjaya dpt income 20K dlm masa hanya 2 bulan!!!
amazing kan? 
susah nak percaya tapi itulah hakikatnyer...
lagi satu, group support dari mentor2 sgt padu
diorang memang tak lokek untuk share ilmu & experience diorg
kelas untuk improve kan diri pun ada
so memang akan boleh transform dari zero psl biz kepada orang yg mahir psl biz...

yg menariknyer pasal biz ni hingga boleh buka mata kitorg...
mat despatch pun boleh berjaya pakai kereta Mercedes dalam biz ni..
apatah lagi golongan profesional...
 tak semestinya kena pandai bercakap, otak kena geliga or expert dlm bisnes
as long as ada keinginan yg kuat utk ubah kehidupan ke arah yang lebih baik
InsyaAllah...jalan untuk berjaya itu dipermudahkan....


Peluang biasa hadir pada masa kita tidak bersedia.
JAdI;
 Kita tidak perlu SEMPURNA untuk bermula,
Kita hanya perlu BERMULA untuk sempurna.
 
 
 
 




Monday, October 8, 2012

Selamat Ulang Tahun...

Pejam celik pejam celik....
sedar2 hari ni dah 08.10.2012..
genap 1 tahun usia perkahwinan kami..

Alhamdulillah.....
Banyak suka & duka yg kami lalui sepanjang 1 tahun ni
Banyak pengalaman yang buat aku & En. Suami makin mengenali dengan lebih rapat..
Sangkanyer dulu dah kenal sgt,
rupanyer 7 tahun usia zaman cintan - cinton kami sebenarnyer masih terlalu singkat untuk selami hati & peribadi masing2..

Ada ucapan teristimewa buat En.suami pada hari yang penuh bermakna ni...

Abang...
Terima kasih kerana sudi menjadi seorang suami yang sangat baik untuk sayang... 
Walaupun sayang serba kekurangan, tapi abang masih sudi menerima seadanyer....
Walaupun sayang banyak ragam, tapi abang masih sanggup melayan..

Terima kasih kerana sentiasa sabar & tabah menghadapi dugaan hidup bersama sayang..

Terima kasih kerana menyayangi sayang seikhlas hati abang..

Sayang janji sayang akan jadi isteri yang solehah untuk abang....
yang akan sentiasa menjadi penyejuk mata, penawar hati & penajam fikiran abang...
yang akan cuba menjadi tulang belakang abang, menyokong kuat jatuh bangun abang dalam kehidupan...
yang akan selalu mendoakan kebahagian & kesejahteraan abang dunia & akhirat...

 Kerana sayang sangat2 mencintai & menyayangi abang ikhlas kerana ALLAH..
doa sayang semoga jodoh yang ditentukan oleh Allah ini akan kekal bahagia di dunia & akhirat....
mudah2an perkahwinan kita ini di kurniakan Sakinah, Mawaddah & Rahmah yang berkekalan...
juga zuriat2 yang soleh & solehah yang mampu menjadi aset paling berharga kita untuk dibawa menghadap Allah yang maha Agung...

mohon maaf andai ada silap & khilaf sayang sepanjang bergelar isteri abang...
dan sayang nak abang tahu yang sayang sangat2 bahagia menjadi isteri abang......
terima kasih abang....
i love you so much......


SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA ABANG...
LOVE YOU SO MUCH... 

Wednesday, October 3, 2012

Rumah baru aku...

Siapa masih ingat pada entry aku yang satu ni

bercerita pasal angan2 aku nak ada rumah sendiri...
& hari ni aku nak bercerita lagi...
bukan pasal angan2 tapi dah jadi realiti..
Alhamdulillah....
syukur atas rezeki yang Allah kurniakan.

Terima kasih sangat2 pada En.suami sebab dah berjaya realisasikan impian aku..

Meh nak story sikit camne En. suami leh bersetuju nak beli rumah ni...hehe

Camni citenyer....

Tiap2 kali aku balik keje,aku mesti akan nampak rumah ni (lokasi dia kat tepi jalan aku nak balik kerja). Bila traffic light 'merah', keta aku mesti akan berhenti betul2 depan rumah contoh. Dari jauh, aku mesti tengok sambil berangan2 kalau lah aku ada rumah macam ni kan bagus.....(berangan lagi!!).
Sampai rumah, aku mesti akan cerita kat En.Suami...tapi dia diam je..
Hampir setiap kali aku berhenti depan rumah tu, mesti aku akan cerita pada En.suami...
tapi dia masih diam je...paling tak pun dia senyum sikit je..beri respon..huhu.

Satu hari, dia ajak aku gi JohorLand office..
katanyer nak usha harga2 rumah...
(dalam hati aku dah berbunga riang.....cam de potensi dia nak beli rumah)


sampai office, saleswomen tu cakap lot bumiputera utk rumah tu (yg aku duk angan2kan tu) tinggal 11 buah je lagi..
lepas dia bincang2 dengan saleswomen tu, terus kitorang decide nak gi rumah contoh...
fuhhhh...bila dapat masuk dalam rumah contoh, lagi lah bertambah2 angan2 aku...
mulut aku asyik cakap 'cantiknyer abg...cantiknyer...syg suke..'

En. suami tanya 'betul sayang suke?'..
aku pe lagi...terus je la angguk...
En.suami jawab dengan selamba.."ok...kita terus booking rumah ni ye."

Ya, Allah...dalam hati hanya Allah je yang tahu betapa happy nyer hati aku masa tu. 
Rasa nak lompat tinggi2..

& Alhamdulillah...segala urusan pembelian rumah berjalan lancar.

Now tengah tunggu rumah siap 100 % baru boleh dapat kunci...
InsyaAllah Januari 2013...

Tak sabarnyer rasa nak pindah rumah baru...


Tadaaaaa......

 
ni lah gambar rumah baru kitorg.

Syukur sangat....
Terima kasih abang.......


misi seterusnyer....kumpul duit utk ubah suai rumah.
chaiyok........