Hari ni aku nak share resipi pastri kegemaran aku
Sedap + cantik
that why aku suka makan..hehe
TART buah
gambar ni aku cilok dr blogger, minta izin ye.....gambar yang buat sendiri xsempat nak upload..hehe |
Pastri
Bahan-bahan:
1) 1 buku butter
2)150 g gula aicing
3) 500 g tepung gandum
4) 1 biji kuning telur
5) Perasa vanilla
6) 1 sudu air sejuk
Cara membuat:
Mula2 gaulkan butter, gula aicing & tepung gandum sampai rata, kemudian masukkan kuning telur, sedikit perasa vanilla & air sejuk. Gaul ratakan sampai tekstur tepung sederhana (tak keras or tak lembut), kemudian masukkan kedalam acuan & dibakar dalam oven pada suhu 150 darjah selama 20 minit.
hasilnya....tadaaaaa
Adunan Krim Kastard (utk filling pastri)
Bahan-bahan:
1) 1 cawan tepung kastard
2) 2 cawan susu cair
3) 2 cawan air
4) 1 cawan gula pasir
Cara membuat:
Larutkan kastard & susu cair, kemudian didihkan air bersama gula. Apabila air sudah mendidih, masukkan larutan kastard tadi & kacau perlahan sehingga pekat & mendidih. Setelah itu krim kastard telah sedia untuk di piping pada pastri.
hasilnya:
Senangkan nak buat dia...hiasan buah tu mengikut kretiviti masing2 la kan...
tapi untuk lebih enak, seeloknya krim kastard tu diisi tak lama sebelum tart buah ni dihidangkan..
actually pastri tu boleh disiapkan awal & boleh disimpan lama dlm bekas kedap udara..bila nak dihidangkan baru la buat filling dia...and filling dia tu ada pelbagai, boleh letak jem, coklat dan lain2..tapi yang paling aku suka filling krim kastard + buah2 ni la...Nyummy...
ni la hobi baru aku, belajar buat kuih..
since jobless & jadi fulltime housewife ni aku banyak belajar buat kuih & belajar menjahit..
mana lah tahu 1 hari nanti aku leh buka kedai aku sendiri, kalau tak bakery aku bukak butik pun ok..hehe
sekarang ni setakat terima tempahan apam & tempeyek sikit2 tu adalah,
baru belajar2 kan..
Rezeki itu Allah yang beri tapi kita kena usaha...
Biar sikit tapi ada barakah & hati kita suka nak buat..
Biar sikit tapi ada barakah & hati kita suka nak buat..
0 comments:
Post a Comment