Friday, August 22, 2014

duhai cahaya mataku...ibu berusaha gigih untuk kamu


Memiliki cahaya mata memang menjadi impian setiap pasangan yg berkahwin
Namun ada jugak pasangan yg di uji oleh Allah dengan tidak memiliki zuriat atau lambat memiliki zuriat.
Aku jugak pernah melaluinya dulu…
Setahun lebih menunggu kehadiran cahaya mata..hanya Allah yg tahu betapa beratnya dugaan tu.
Aku pernah berkongsi duka di sini

Pelbagai usaha dan cara dah di cuba namun belum berhasil..
Sehinggalah aku & En.suami pergi berjumpa pakar O&G di HSI.
Selepas beberapa sesi pertemuan bersama pakar, barulah aku tahu punca mengapa aku lambat pregnant.
Rupanyer aku mengalami masalah kedudukan rahim terbalik a.k..a Retroverted Uterus
& kitar haid aku yang tidak teratur.


Sedih..kecewa...putus asa..& macam2 lagi perasaan wujud waktu tu.
Mujurlah En,suami sgt2 tabah & sgt2 memahami..Syukur Ya Allah

Bila bercerita pada office mate mengenai masalah yg aku ada ni..
diorg suggest aku pergi berurut.
BER URUT?!!!
Oh..sakit tu!!!
Tapi apakan daya,
kawan2 cakap mak cik urut ni mmg pandai urutkan wanita yg susah hamil &
dah banyak yg berjaya hamil..
buktinya de sorg office mate aku yg berjaya hamil setelah 2 tahun kawin..
so aku pun wajib cuba..

Serius mmg sakit giler bila kena urut utk betulkan kedudukan rahim..
Sampai keluar air mata aku menahan sakit…huhu
Tapi selepas 3 kali sesi urut..
Tukang urut tu cakap tak payah datang dah…
Aik?!!  Biar betul mak cik ni…confident je dia berkata2.


Aku tak berhenti berusaha kat situ je.
Kena ikhtiar cara untuk normalkan kitar haid aku ni.
So aku pun try makan pil perancang…
tp untuk 1 bulan je sebab takut lak ada side effect ke apa kan.

En. suami suggest aku utk makan Enertri (supplement yg En. Suami jual).


Bila dengar sendiri testimony pengguna yg dah berjaya, baru aku nak try minum..
Padahal produk ni punya la banyak kat rumah aku..haha
So aku wajib try sekarang..
(aku ni mmg jenis org yg perlukan BUKTI org yg dah berjaya, baru aku nak cuba sendiri pulak)


Selepas sebulan aku & En.suami amalkan meminum Enertri ni pagi & malam
Alhamdulillah….pada penghujung bulan 3 tahun 2013 aku disahkan pregnant..
Syukur Ya Allah…
Allah dah makbulkan doa kami.


Itu adalah sebahagian dari usaha aku dan En Suami.
Selain dari berdoa dan berzikir memohon dari Allah.
Sebab semua ini adalah ketentuan dr Allah..
Jika Allah izinkan maka jadilah..jika tidak seharusnya perlu redha sebab pasti ada hikmah disebaliknya.

Zikir yg selalu aku amalkan adalah doa nabi Zakaria
(ayat 38 surah Ali-Imran).


Zikir selalu..waktu driving, waktu masak, waktu duduk2, waktu hujan & waktu mustajab doa.

Jangan berhenti berusaha & jangan putus asa.

P/S:  Kalau ada sesiapa yg nak no hp mak cik tukang urut atau nk tanya pasal Enertri
leh whatapps aku 0133789020..
aku sedia membantu…InsyaAllah.











Thursday, August 21, 2014

Assalamualaikum....





Assalamualaikum..
Bersawang dah blog aku.
Lama sgt tak update..pejam celik2x..dah setahun lebih tu
Dari belum pregnant sampai la umur baby aku sekarang dah nak masuk 9 bulan
Lama kan?!!
Banyak sgt cerita nak share sebenarnya..tp apa kan daya..atas sebab2 tertentu terpaksa la lupakan dulu niat nak update blog ni sementara….huh


Tapi la ni….aku dah ada masa nak update blog semula
Sebab pe?!!
Sebab sekarang aku dah jadi fulltime housewife
Now everyday is SUNDAY!!!!

Harap2 korang2 sudi la jenguk2 blog aku ni semula
Rindu nak membebel, nak kongsi tip, nak berangan, nak kongsi resipi n macam2 lg..
Teringin sgt nak share pengalaman hidup sepanjang setahun lebih tak berblogging..

Utk entri pertama selepas setahun lebih tak berblogging ni,
Let me introduce my baby


My son...AMIR HADIF


 ANUGERAH YG SGT BERHARGA

ALHAMDULILLAH YA ALLAH...

Tuesday, January 1, 2013

BACA lah...

Selamat Tahun Baru 2013

semoga lebih banyak kejayaan, kebahagiaan & kegembiraan akan kita perolehi dalam tahun 2013.

Azam 2013!!??
azam  tahun 2012 masih de yang belum tertunai tak?
kalau ada yang belum tertunai
jom kita carry forword tahun 2013
tp tanam tekad utk wajib tunaikan pada tahun 2013..
Boleh?!!



Hari ni aku nak share mengenai 1 buku yang menarik & hebat utk di baca..
Tajuk buku "BACA"



memang tak rugi baca buku "BACA" ni...
Sinopsis buku ni adalah perkongsian pengalaman penulis mencapai kejayaan yg sangat2 hebat
Banyak tip2 untuk berjaya ada dalam buku ni..
Di ajar secara detail & terperinci..
Sesuai di baca untuk sesiapa yang terfikir2 or tercari2 jalan untuk berubah...

Penulis buku baca ni memang orang yang sangat2 hebat..
(Aku sendiri pernah jumpa & berbual panjang dengan dia...serius kagum dengan kejayaan beliau)
Seorang yang tak sombong & tak kedekut ilmu untuk di kongsikan...

  Insan hebat ini suatu ketika dulu HANYA seorang budak kecil yang PASIF...PENDIAM..
dan tidak memiliki ramai kawan!
 Dengan keputusan SPM yang sekadar cukup makan...
beliau melanjutkan pelajaran di ITM. 
 Alhamdulillah berjaya mendapat Diploma NAMUN sekadar cukup makan jugak! 
Akhirnya memulakan Kerjaya pertama beliau di KILANG EPSON di Johor Bahru sebagai Operator Pengeluaran yang antara rutin hariannya adalah 'mengemop' lantai! 
Setahun bekerja di kilang, beliau memulakan kerjaya baru  di Maybank. Hebat! Beliau dilantik antara Pengurus Cawangan 'termuda' ketika berusia 25 tahun!!! Berpengalaman di industri Perbankan selama 15 tahun dan pernah mengendalikan Cawangan terbesar di Johor Baharu! 

Namun segalanyer berubah selepas beliau dipertemukan dengan satu peluang yang sangat2 hebat.
KEJAYAAN demi KEJAYAAN beliau cipta! 
Potensi sebenar Diri mula diterokai! 
 "BACA" adalah merupakan satu perkongsian Pengalaman bagaimana beliau melakukan SATU TRANSFORMASI DIRI dari seorang yang pendiam..malu..takut berjumpa dan berdepan dengan orang ramai AKHIRNYA BERUBAH menjadi LEBIH HEBAT! 


(Kalau korang nak tahu lebih detail biodata penulis baca ni jom baca blog penulis BACA ni

HEBAT KAN!!!!

 Untuk sesiapa yang:
1) selalu mengeluh tentang tekanan or stress di tempat kerja
2) selalu mengalami masalah kewangan yang kritikal
3) selalu tidak ada masa lapang untuk diri sendiri dan keluarga
4) tercari2 peluang untuk ubah taraf hidup diri sendiri & keluarga
5) berusaha untuk berubah menjadi insan HEBAT

korang adalah DIWAJIBKAN untuk baca buku ni..

tak rugi...malah anda akan rasa lebih yakin & bersemangat lepas baca buku ni..
serius!!!

if korang berminat untuk baca buku ni...
sila jangan segan2 contact aku di 013-3789020 


"sucsess is for those who never stop persuing their dream"

Jom kita berubah untuk jadi lebih hebat!!!!



Monday, December 3, 2012

legoland...free trip


Entry kali ni aku nak share pengalaman aku gi LEGOland…
Free trip sponsored by my beloved company…eceWAhhhhh!!!

Wajib la rasa sgt2 happy coz FREE….haha

Bertolak dari rumah pukul 8.30 pagi
On the way, tengok langit dah gelap semacam….gaya cam nak hujan lebat je.
Doa dalam hati, harap2 cuaca hari ni BAIK…

Sampai Entrance LEGOLAND pukul 9.30 pagi..
Redeem tiket dr En.Boss & then tunggu opis mate yg lain sampai
 
Dekat2 nak pukul 10 pagi…kitorg gi berbaris depan Entrance tunngu turn utk masuk…


see….gile banyak orang hari ni
Sampai turn, scan tiket & leh masuk…
Perkara first yang wajib buat ialah ambik PETA Legoland..
(of coz la kan sbb nnti senang nak plan nak main pe..ye tak?)

Kitorg start ngan LEGO TECHNIC dulu…
First yang kitorg try, Technic Twister..
Pusing2…

Then try Projek X

Tak la mencabar sgt, tp boleh la nak wat jantung aku berdengup laju…haha

Pastu try Dragon’s Apprentice (mini rollercoaster) and The Dragon..
(tengok muka masing2…macam2 expression de..hehe)

Singgah kat Castle Game…
cuba nasib nak dapatkan teddy bear comel  tu percuma…
nampak mudah….try buat tengok…susah ke senang!!!HAHA..



Next, kitorg naik observation tower…
(cam yg de kat Melaka tu..)
Pusing2 tengok LeGoLand dari atas….
(ternampak la banyak lg yg sedang dalam pembinaan….huhu)

Pastu gi LEGO studio 4D…
n then lunch kat pizza mania..
(makanan ok la…harga standard cam mkn fast food yg lain & banyak)
Dah lunch, gi solat zuhur kat surau sebelah Pizza Mania…
(surau ok…besar & selesa)


Sambung ke Land of Adventure
kat dino island
tengok barisan menunggu dah panjang..
Waiting time 45 minit…tp kitorg still gigih nak tggu jgk..
(Utk game ni, kitorg pakai rain coat…sebab dah boleh agak mmg akan basah..)




Pastu sambung menunggu lagi kat Lost Kingdom Adventure utk 30 minit
& Legoland Express utk 30 minit…

Penat sudah main2…jom posing2 lak kat miniland…







Banyak jugak permainan yg kitorg skip coz xckup masa & de yg tak sesuai ngan umur..hehe
Banyak game utk kanak2, so sgt2 sesuai utk bawak family or anak2 dtg LegoLand.

  Pkul 5 dah kena gerak ke restoren damai utk dinner company... 

Kesimpulannyer..pengalaman tu mmg besh (if tak compare ngan USS) hehe...
 & biasa la,
 if pergi waktu public holiday...
pasti akan rasa sikit kecewa sbb waiting time utk main more than 30 minutes for every games..
next time if kitorg nak gi lagi kne make sure gi waktu weekdays..

Digalakkan bawak payung sbb if cuaca panas, mmg rs sgt panas & perit (especially putri lilin cam aku ni..ahaks..)
kalau xmo basah waktu game yg melibatkan air, bawak la baju hujan (disposable)
xpun bole beli kat cni...RM15 je...'Murah' kan?!!!haha