Wednesday, November 7, 2012

Kepercayaan?!!!!


Dalam hidup ni tanpa kita sedar,
kepercayaan kadang2 mempengaruhi cara kita berfikir sebenarnya..
kita cuba sedaya-upaya mem’BENAR’kan kepercayaan kita tu..

Ada orang sangat yakin dia pandai nyanyi….
Tengok berapa banyak orang datang ujibakat utk reality show nyanyian..
Kadang2 tu suara memang kelaut tapi sebab diorang sangat  PERCAYA pandai utk bernyanyi, so dengan penuh yakin mencuba nasib…


Ada yang lain pula cakap “Aku memang tak pandai berniaga….”
Walau sebesar mana pun peluang keemasan yang datang..
Dia tetap berpegang kuat pada system kePERCAYAAN diri dia sendiri...huh

Meh aku nak share 1 ujikaji barat tentang sistem kepercayaan ni pada ikan..
Dalam 1 akuarium terdapat 2 bahagian yg dipisahkan hanya dengan 1 dinding kaca jernih…

Ikan barakuda diletakkan dlm bahagian A 

&

  ikan belanak diletakkan di bahagian B.

(Ikan barakuda makan ikan belanak)
Dengan sepantas kilat, ikan barakuda meluru ke arah ikan belanak,
cuba menyerang untuk dijadikan makanan..
TAPI!!!!!!!!
Dam…dam…
Terhantuk ke dinding kaca pemisah…
Cuba sekali lagi….dan terhantuk lagi dan lagi!!!!
Selepas beberapa hari…ikan barakuda feed up
Dia akan stop kejar ikan belanak
Sebab dia PERCAYA, kejar ikan belanak pasti akan SAKIT!

Kemudian, dinding kaca pemisah akuarium di alihkan..
Apa jadi?
Ikan barakuda still maintain kat tempat dia!!!
Dia rela berlapar dari kejar ikan belanak, walaupun ikan belanak terlalu dekat dengan dia
Sebab apa????
Ikan barakuda PERCAYA had ‘KEMAMPUAN’ dia!!!
Dan tak nak cuba melangkah keluar, takut terhantuk lagi……

Ni lah realiti kisah hidup banyak orang di dunia ini…
Kita PERCAYA pada had kemampuan yang kita sendiri reka
Sedihkan?


So camne nak berubah?


Tak salah ada KEPERCAYAAN,
tapi cara pemikiran tu yang perlu diubah:
Perlu lebih berani memikirkan hal – hal baru..
Cabar potensi diri..
Sentiasa positif..
Fokus pada kelebihan diri, perbaiki kelemahan..
 dan percaya pada kebolehan diri sendiri....

Setiap manusia itu unik,
Ada keistimewaan masing2…


Kepercayaan itu ibarat cermin diri...
Apa yang kita percaya, akan terpantul pada cermin hidup kita...

Tak ada manusia yang bodoh kecuali mereka yang PERCAYA diri mereka sendiri itu bodoh!!!

So fikir2 kan lah…
Apa sistem kepercayaan salah yang dah kita reka dalam hidup ni?
Kalau ada..
Sila cepat2 perbaiki..
InsyaAllah..
kejayaan akan sentiasa menanti!!!!



0 comments:

Post a Comment