Monday, November 12, 2012

Insan Luar Biasa Hebat!!!


Kita biasa dengar cerita –cerita orang pandai & cemerlang kat sekolah
akan jadi orang hebat bila diorang melangkah ke alam dewasa.
Itu biasa….
Cemerlang UPSR, PMR & SPM…
Dapat offer belajar kat U local or oversea..
Dapat 4.0 flat je memanjang setiap sem..
Habis belajar, dapat kerja bagus….
Jadi Doktor, Engineer, Peguam & macam2lah..

Tapi kita tak biasa dengar kisah orang berjaya yang bermula dengan pengalaman hidup yang biasa2….

Haaaa…


Hari ni aku nak share ngan korang story yang aku sempat kutip & jadikan inspirasi sepanjang aku & En.suami join bisnes ni…

Nak tahu?

Jom baca sampai habis…hehe

Story yang pertama ni adalah cerita pasal seorang pemandu lori.
Dia lelaki, umur 30++, belajar tamat tingkatan 2 je,dah berkahwin & de 3 anak…
Jadi pemandu lori, kitar hidup setiap hari banyak di habiskan di atas lori.
Dengan gaji yang kecil, tak cukup utk sara family dia so terpaksa buat kerja overtime &
Kadang2 terpaksa kerja part time..
Semata-mata nak cari duit besarkan anak2..
Malangnya….
Masa ngan family sangat2 kurang…
Setiap hari, bila balik kerja…anak2 dah tidur..
& bangun pagi tengok anak2 dah ke sekolah….
Sedih,
 tapi apa boleh buat…
Tanggungjawab nak sara anak2 sedia tergalas atas bahu.

1 hari, de sorang kawan share 1 peluang hebat pada dia…
Mula2 memang dia confius, ragu2 & takut2…
Sebab pe??
Dia rasa rendah diri…
Rasa diri tak hebat sebab belajar hanya sempat sampai tingkatan 2 je…

Kawan dia beritahu pada dia
“peluang ni memang untuk orang yang tak hebat menjadi hebat!!
Kalau tak berani mencuba & tak nak usaha, sampai bila2 pun kau tak akan jadi hebat!!”

Dia rasa tercabar & terus sahut cabaran tu.
Dia grab peluang yang hebat ni…
& buat bersungguh2 demi untuk keluarga tersayang
& akhirnya
 dalam masa 1 tahun dia dah berjaya bawa family dia keluar dari kepompong kemiskinan…
dia bukan lagi pemandu lori tapi seorang USAHAWAN BERJAYA….

HEBATKAN!!!

Story ke 2 ni pasal seorang lelaki yang bekerja sebagai pengutip tin kosong…
Korang tahu2 je la…kerja sebagai pengutip tin berapa sen sangat je la dia ni dapat…
Hidup dia memang susah…
Tapi disebabkan azam & semangat yang tinggi
Dia berusaha gigih untuk rebut peluang hebat ni..
Kumpul duit hasil kutip tin kosong untuk buat modal mulakan bisnes ni….

Huh..
bukan calang2 orang lelaki ni..
hari ni, beliau sudah mampu berdiri sebaris dengan USAHAWAN2 BERJAYA…

Siapa sangka pengutip tin boleh jadi kaya?

Semuanya atas kehendak & usaha diri sendiri…
Kita yang tentukan masa depan kita kan?
Kalau mereka pun mampu buat…KITA??
Fikir – fikirkan…..





 Dalam hidup, kita hanya ada 2 pilihan....

BERJAYA ATAU GAGAL.....

Wednesday, November 7, 2012

Kepercayaan?!!!!


Dalam hidup ni tanpa kita sedar,
kepercayaan kadang2 mempengaruhi cara kita berfikir sebenarnya..
kita cuba sedaya-upaya mem’BENAR’kan kepercayaan kita tu..

Ada orang sangat yakin dia pandai nyanyi….
Tengok berapa banyak orang datang ujibakat utk reality show nyanyian..
Kadang2 tu suara memang kelaut tapi sebab diorang sangat  PERCAYA pandai utk bernyanyi, so dengan penuh yakin mencuba nasib…


Ada yang lain pula cakap “Aku memang tak pandai berniaga….”
Walau sebesar mana pun peluang keemasan yang datang..
Dia tetap berpegang kuat pada system kePERCAYAAN diri dia sendiri...huh

Meh aku nak share 1 ujikaji barat tentang sistem kepercayaan ni pada ikan..
Dalam 1 akuarium terdapat 2 bahagian yg dipisahkan hanya dengan 1 dinding kaca jernih…

Ikan barakuda diletakkan dlm bahagian A 

&

  ikan belanak diletakkan di bahagian B.

(Ikan barakuda makan ikan belanak)
Dengan sepantas kilat, ikan barakuda meluru ke arah ikan belanak,
cuba menyerang untuk dijadikan makanan..
TAPI!!!!!!!!
Dam…dam…
Terhantuk ke dinding kaca pemisah…
Cuba sekali lagi….dan terhantuk lagi dan lagi!!!!
Selepas beberapa hari…ikan barakuda feed up
Dia akan stop kejar ikan belanak
Sebab dia PERCAYA, kejar ikan belanak pasti akan SAKIT!

Kemudian, dinding kaca pemisah akuarium di alihkan..
Apa jadi?
Ikan barakuda still maintain kat tempat dia!!!
Dia rela berlapar dari kejar ikan belanak, walaupun ikan belanak terlalu dekat dengan dia
Sebab apa????
Ikan barakuda PERCAYA had ‘KEMAMPUAN’ dia!!!
Dan tak nak cuba melangkah keluar, takut terhantuk lagi……

Ni lah realiti kisah hidup banyak orang di dunia ini…
Kita PERCAYA pada had kemampuan yang kita sendiri reka
Sedihkan?


So camne nak berubah?


Tak salah ada KEPERCAYAAN,
tapi cara pemikiran tu yang perlu diubah:
Perlu lebih berani memikirkan hal – hal baru..
Cabar potensi diri..
Sentiasa positif..
Fokus pada kelebihan diri, perbaiki kelemahan..
 dan percaya pada kebolehan diri sendiri....

Setiap manusia itu unik,
Ada keistimewaan masing2…


Kepercayaan itu ibarat cermin diri...
Apa yang kita percaya, akan terpantul pada cermin hidup kita...

Tak ada manusia yang bodoh kecuali mereka yang PERCAYA diri mereka sendiri itu bodoh!!!

So fikir2 kan lah…
Apa sistem kepercayaan salah yang dah kita reka dalam hidup ni?
Kalau ada..
Sila cepat2 perbaiki..
InsyaAllah..
kejayaan akan sentiasa menanti!!!!