Entry kali ni aku nak share pengalaman menunaikan Umrah
beberapa hari selepas habis berpantang.
Alhamdulillah…Syukur Ya Allah,
Sungguh, tak pernah terlintas di fikiran untuk ke Tanah
Haram pada usia ini
kerana tahu tahap kewangan sendiri..huhu
Namun bila Allah dah pilih untuk menjadi tetamuNya..pasti
ada aje rezeki yg datang
Syukur Ya Allah atas segala nikmat pemberianMu.
Bertolak dr KLIA pd 8.2.2014 mengikut rombongan TH travel
&services
(TH mmg terbaik!!)
Selamat tiba di Madinah pukul 11 malam 9.2.2014.
Subhanallah, segala macam perasaan ada.
Gembira, terharu, sedih
(Sedih teringatkan
baby Amir Hadif sebenarnyer).
Mujur ibu Amir Hadif ni kuat semangat…
(walhal mata dah
bengkak sbb bnyk nangis masa kat KLIA).
di masjid nabawi |
selesai tawaf utk umrah wajib |
subuh di Masjidil Haram |
En.Suami tercinta...terima kasih sbb realisasikan segala impian syg |
1st time jumpa unta scara live...jakun sgt |
Pengalaman paling indah di Mekah ialah dapat tawaf berdua ng En.suami..
Rasa bahagia sgt, tenang, selamat & damai..
Syukur Ya Allah...Alhamdulillah
Rindu Mekah & Madinah…
Ya Allah, murahkanlah rezeki kami
Jemputlah kami menjadi tetamuMu di Mekah & Madinah untuk
menunaikan ibadah Haji & Umrah