Saturday, February 14, 2015

oh Enertri..


Disebabkan ada yg bertanya aku mengenai Enertri
Supplement yg pernah aku makan before pregnant tu..(aku pernah cite kat sini)
So hari ni aku nak story la sikit pasal Enertri..
Tp entry kali ni formal sket la ek..sbb nk explain lebih sket psl Enertri ni



Enertri tu apa?

ü  Ia makanan kesihatan semulajadi, xde baham kimia, xde pengawet.
ü  Menggunakan bran bijirin yg kaya dengan zat, di ekstrak  menggunakan teknologi khas.
ü  Mudah di serap oleh badan kita.

Kandungan Enertri
·         Beras perang terhidrolisis  30%
·         Beras perang pendek terhidrolisis 30%
·         Jagung terhidrolisi 30%
·         Soya terhidrolisis 8.98 %
·         Β-glukan 1%
·         Spirulina 0.02%

Untuk hasilkan 10g Enertri perlukan 20kg bahan mentah tau…banyakkan!!

Fungsi Enertri
·         Menggalakkan fungsi penghadaman
·         Membantu penyerapan zat-zat makanan
·         Menggalakkan penyingkiran toksin dari badan
·         Meningkatkan daya tahan badan
·         Memperkuatkan fungsi system saraf
·         Mengawal serta mengimbangi rembesan endokrin dalam badan untuk melambatkan kejadian menopaus
·         Menggalakkan metabolism sel
·         Meningkatkan fungsi otak
·         Meningkatkan fungsi sel paru-paru
·         Mengembalikan keseimbangan pH dalam badan

Cara Pengambilan Enertri

·         1 sachet pagi (sebelum sarapan)
·         1 sachet malam (sebelum tidur atau pada pukul 11 malam)

Enertri sesuai untuk siapa?

Sesuai untuk semua peringkat umur

Kanak-kanak setahun & ke atas
·         Kurangkan cirit – birit
·         Kurangkan penyakit gastrousus
·         Galakkan pertumbuhan sel otak
·         Bantu pertumbuhan otot & tulang
·         Mengawal rembesan hormone
·         Menguatkan sel paru –paru

Wanita
·         Mengurangkan senggugut
·         Menggalakkan kitaran haid yg teratur
·         Kulit lebih licin dan terserlah
·         Perbaiki symptom menapous

Dewasa
·         Lebih bertenaga & fikiran lebih cergas
·         Ciri2 organ jantina yang lebih matang
·         Galakkan fungsi penghadaman
·         Kuatkan daya  ingatan
·         Kurangkan masalah insomnia
·         Kurangkan osteopororis
·         Tingkatkan daya ketahanan badan untuk melawan penyakit

Sebenarnya banyak lagi khasiat Enertri ni tp aku xlarat nak tulis…hehe

Enertri ni sgt bagus untuk org yg menghidap penyakit

kencing manis

sakit jantung


darah tinggi


stroke

Testimoni daripada aku sendiri ialah aku berjaya pregnant selepas 1bulan makan Enertri. Alhamdulillah..

Pada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Enertri atau untuk tahu lebih lanjut mengenai Enertri, jangan segan – segan whatapps 0133789020 atau 0127335729.
aku sedia membantu

Thursday, December 4, 2014

Jln2 ke sabah..

1st time bawak Amir Hadif naik flight
Wktu ni Amir baru 6 bulan.
 Alhamdulillah.
mujur dia good boy
2jam setengah perjalanan dr senai ke kinabalu airport

Actually bukan plan nk gi bercuti pun,
Just nk ikut ayah Amir gi berbisnes
Tp dh kebetulan fmly in law sy nk ikut.
So kita jln2 sabah la brsama amir hadif


Xbnyk pun tempat yg pegi.
ye la,ssh jgk bwk bby jenjalan.
lebih2 lg bnyk trip kami yg ayah Amir xdpt join.
so mmg xlarat la aku nk handle Amir sensorg.
Amir ni jenis yg nk melekat ng ibu & ayah je.
tu yg ssh sket tu
Pa pe pun,jom layan pic tour kami kat sabah.

rumah terbalik...
Amir Hadif pun nk posing jgk
puncak kinabalu......dr jauh je
Amir hadif excited nk shopping

Thursday, September 11, 2014

Umrah


Entry kali ni aku nak share pengalaman menunaikan Umrah beberapa hari selepas habis berpantang.
Alhamdulillah…Syukur Ya Allah,
Sungguh, tak pernah terlintas di fikiran untuk ke Tanah Haram pada usia ini
kerana tahu tahap kewangan sendiri..huhu
Namun bila Allah dah pilih untuk menjadi tetamuNya..pasti ada aje rezeki yg datang
Syukur Ya Allah atas segala nikmat pemberianMu.

Bertolak dr KLIA pd 8.2.2014 mengikut rombongan TH travel &services
(TH mmg terbaik!!)
Selamat tiba di Madinah pukul 11 malam 9.2.2014.
Subhanallah, segala macam perasaan ada.
Gembira, terharu, sedih
(Sedih teringatkan baby Amir Hadif sebenarnyer).
Mujur ibu Amir Hadif ni kuat semangat
(walhal mata dah bengkak sbb bnyk nangis masa kat KLIA).
di masjid nabawi

selesai tawaf utk umrah wajib

subuh di Masjidil Haram

En.Suami tercinta...terima kasih sbb realisasikan segala impian syg

1st time jumpa unta scara live...jakun sgt



Pengalaman paling indah di Mekah ialah dapat tawaf berdua ng En.suami..
Rasa bahagia sgt, tenang, selamat & damai..
Syukur Ya Allah...Alhamdulillah

Rindu Mekah & Madinah…
Ya Allah, murahkanlah rezeki kami
Jemputlah kami menjadi tetamuMu di Mekah & Madinah untuk menunaikan ibadah Haji & Umrah



Friday, August 22, 2014

duhai cahaya mataku...ibu berusaha gigih untuk kamu


Memiliki cahaya mata memang menjadi impian setiap pasangan yg berkahwin
Namun ada jugak pasangan yg di uji oleh Allah dengan tidak memiliki zuriat atau lambat memiliki zuriat.
Aku jugak pernah melaluinya dulu…
Setahun lebih menunggu kehadiran cahaya mata..hanya Allah yg tahu betapa beratnya dugaan tu.
Aku pernah berkongsi duka di sini

Pelbagai usaha dan cara dah di cuba namun belum berhasil..
Sehinggalah aku & En.suami pergi berjumpa pakar O&G di HSI.
Selepas beberapa sesi pertemuan bersama pakar, barulah aku tahu punca mengapa aku lambat pregnant.
Rupanyer aku mengalami masalah kedudukan rahim terbalik a.k..a Retroverted Uterus
& kitar haid aku yang tidak teratur.


Sedih..kecewa...putus asa..& macam2 lagi perasaan wujud waktu tu.
Mujurlah En,suami sgt2 tabah & sgt2 memahami..Syukur Ya Allah

Bila bercerita pada office mate mengenai masalah yg aku ada ni..
diorg suggest aku pergi berurut.
BER URUT?!!!
Oh..sakit tu!!!
Tapi apakan daya,
kawan2 cakap mak cik urut ni mmg pandai urutkan wanita yg susah hamil &
dah banyak yg berjaya hamil..
buktinya de sorg office mate aku yg berjaya hamil setelah 2 tahun kawin..
so aku pun wajib cuba..

Serius mmg sakit giler bila kena urut utk betulkan kedudukan rahim..
Sampai keluar air mata aku menahan sakit…huhu
Tapi selepas 3 kali sesi urut..
Tukang urut tu cakap tak payah datang dah…
Aik?!!  Biar betul mak cik ni…confident je dia berkata2.


Aku tak berhenti berusaha kat situ je.
Kena ikhtiar cara untuk normalkan kitar haid aku ni.
So aku pun try makan pil perancang…
tp untuk 1 bulan je sebab takut lak ada side effect ke apa kan.

En. suami suggest aku utk makan Enertri (supplement yg En. Suami jual).


Bila dengar sendiri testimony pengguna yg dah berjaya, baru aku nak try minum..
Padahal produk ni punya la banyak kat rumah aku..haha
So aku wajib try sekarang..
(aku ni mmg jenis org yg perlukan BUKTI org yg dah berjaya, baru aku nak cuba sendiri pulak)


Selepas sebulan aku & En.suami amalkan meminum Enertri ni pagi & malam
Alhamdulillah….pada penghujung bulan 3 tahun 2013 aku disahkan pregnant..
Syukur Ya Allah…
Allah dah makbulkan doa kami.


Itu adalah sebahagian dari usaha aku dan En Suami.
Selain dari berdoa dan berzikir memohon dari Allah.
Sebab semua ini adalah ketentuan dr Allah..
Jika Allah izinkan maka jadilah..jika tidak seharusnya perlu redha sebab pasti ada hikmah disebaliknya.

Zikir yg selalu aku amalkan adalah doa nabi Zakaria
(ayat 38 surah Ali-Imran).


Zikir selalu..waktu driving, waktu masak, waktu duduk2, waktu hujan & waktu mustajab doa.

Jangan berhenti berusaha & jangan putus asa.

P/S:  Kalau ada sesiapa yg nak no hp mak cik tukang urut atau nk tanya pasal Enertri
leh whatapps aku 0133789020..
aku sedia membantu…InsyaAllah.